Dah tak tau nk buat apa lagi dgn udang yang tinggal 10 ekor ni. Ingat nak campur dengan sayur tumis jer tapi dah jemu plak rasanya. Last2 buat stail gini. Bila dah masak tu, terus ratah dengan sos cili. Yummmyyy!!
Udang Bersalut Oats
Resepi : DapurKu SaYang@lepas-lagi.blogspot.com
bahan-bahan :
- 10 ekor udang bersaiz L (dibersihkan)
- 2-3 sudu makan tepung goreng KFC atau tepung goreng serbaguna
- sedikit air atau 2 biji telur yang sudah dikocok (DJ guna air sahaja)
- 2 tangkai daun kari
- Oats secukupnya
- minyak dan mentega untuk goreng terendam (DJ campur kedua-duanya)
Cara-cara :
- Satukan udang bersama tepung goreng, daun kari dan air secukupnya. Gaul-gaulkan. Kemudian salutkan dengan oats. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 15-20 minit sebelum digoreng.
- Jika menggunakan telur : Gaulkan udang bersama tepung dan daun kari. Kemudian celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan oats. Sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.
- Sediakan minyak dan mentega untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah udang hingga garing keemasan. Angkat dan toskan.
- Hidangkan bersama sos cili.
***campuran mentega untuk menggoreng akan menambahkan lagi keenakan udang selain wangi dan garing.