Rabu, 23 Maret 2011

Rendang Udang Goreng

Dah namanya hantu udang kan, manalah boleh kata tak boleh makan....marah lepas-lagi nanti....heheh. Tapi kan msh terbayang-bayang lagi udang galah. Puas sudah aku mencari di merata tempat tp msh tak bertemu...uhuk. Siap pesan kat hubby lagi kalau ada urusan kat Melaka lagi kali ni, tolonglah singgah mana-mana carikan saya si udang galah kepala kiut iteww...merayu sungguh nampaknya yer...haha

Oklah apa2pun, tak kesahlah kan (kesah gak sebenarnya...hihik), layan jer udang ni. Saiznya bolehlah tahan selain harganya murah. Beli kat kedai biasa...sekilo rm17 tapi kalau kat supermarket, sekilo rm38..hehe. Rasa?? Sedapnya mmg tak boleh nk dijelaskan dengan kata-kata. Yang pasti, DJ dah bertambah2 makan nasik. Berselera sgt makan dgn udang ni. Mau pengsann! (pinjam lagi kata2 CMG)..Memang dah pengsan pun semalam...haha

Sepatutnya nak tayang mlm tadi sb menu ni adalah menu semalam tp virus kastard tu tak abis lagi. So, bg laluan lah dulu kan...hehe. Jom semak resepi ni...

Rendang Udang Goreng 
Resepi : DapurKu SaYang@lepas-lagi.blogspot.com

bahan-bahan :
  • 12 ekor udang sederhana 
  • sedikit serbuk kunyit
  • tepung goreng serbaguna secukupnya
  • 200 ml santan 
  • 1 helai daun kunyit (diracik)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1-2 sudu makan cili giling (boleh juga guna cili padi)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka/gula pasir secukupnya
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
cara-cara :
  1. Udang dibersihkan. Kemudian gaul-gaulkan bersama kunyit,  tepung goreng serbaguna dan sedikit air. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gorenglah udang sehingga keemasan. Angkat dan toskan. 
  2. Kemudian tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis lagi sampai pecah minyak. 
  3. Masukkan santan dan bahan-bahan selebihnya. Kacau sebati. 
  4. Apabila kuahnya kelihatan hampir kering, bolehlah ditutupkan api.
  5. Kemudian tuangkan kuahnya ke atas udang goreng tadi. Boleh juga digaul-gaulkan bersama. 
  6. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak atau apa-apa sahaja jenis nasi. Sangat sedap!