Jumat, 04 Maret 2011

Ketam Kicap Sos Cili


Dah lama tak makan ketam. Rasa2nya tahun ni baru pertama kali buat...hehe. Perencahnya lebih kurang sama dgn perencah udang yg DJ masak hari tu. Bezanya ialah udang kena digoreng terlebih dahulu manakala ketam ni plak kena rebus. Ketam ni DJ selalu potong kecik2 supaya senang nak kopek. Sepitnya sesudah direbus diketuk2 sket dgn lesung batu. Jadi, tak ada masalah lah nak makan..kan3x?? :)

Jom layan resepinya...

Ketam Kicap Sos Cili

bahan-bahan:
  • 4 ekor ketam bunga saiz XL(dibersihkan)
  • sedikit cili giling
  • sedikit air asam jawa
  • madu secukupnya
  • sedikit garam
  • daun sup
  • kicap pekat
  • sos cili
  • sos tiram
baha-bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 cm halia
Cara-cara :
  1. Rebuskan ketam bersama sedikit garam hingga separuh masak. Angkat dan toskan. 
  2. Tumis bahan-bahan kisar dan cili giling hingga wangi dan garing.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat, sos cili dan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih.
  4. Setelah itu, masukkan madu, garam dan air asam jawa. Kacau lagi hingga rata.
  5. Masukkan ketam dan daun sup. Gaul-gaulkan hingga masak.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.


sedapnya bukan main lagi!....