Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Semalam sempat gak bakar kek roll ni buat minum petang. Anak-anak dah lama request. Buat satu roll jer. Menyesal tak buat lebih sb DJ hanya sempat merasa sepotong jer. Selebihnya.....sila jawab sendiri...hehe. Dah agak lama tak buat kek ni..padahal taklah susah sgt pun nk prepare. Hmmm...hari ni sementara tunggu hubby balik dari Ipoh, mungkin nak buat lagi ler kot...tp tengok mood gaklah...kdg2 apa yg dirancang tak semuanya menjadi kan...hehe
Ni ikhlas nak bagi tau...kek ni sgt lembut dan gebu. Lagi satu, sedaaaappp!...rasa manisnya pun taklah melampau sgt dan taklah menyakitkan gusi...ekeke. Pada mulanya DJ nak letak krim aising jek...tp memikirkan yg sorang tu tak berapa gemar kek yg ada aising, jd DJ bubuh jem stoberi + rapsberi jer...pun sangat sedaaap!
Kek ni taklah besar sgt saiznya. In fact, DJ guna bekas yang berukuran 17 cm x 24 cm jer. Malas nak keluarkan loyang swiss roll yg msh terperap dlm kotak(sejak pindah rumah ari tu) lagi. Lagipun loyang tu tersangatlah besarnya. Kalau nak pakai, kenalah gandakan adunan kek ni...
Kek Gulung Kasih
bahan-bahan :
- 70 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu besar susu tepung
- 3 biji telur A
- 60 g gula kastor
- 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil ovalette
- Pewarna merah, hijau dan kuning
cara-cara :
- Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
- Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
- Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
- Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
- Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
- Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
- Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
- Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
- Gulung kek dengan kemas.
- Bolehlah dipotong dan dihidangkan.