Selasa, 15 Maret 2011

Kek Gulung Kasih...dan sedikit tip


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Semalam buat lagi kek gulung ni. Barulah dpt merasa 2-3 potong. Memang lembut dan gebus jer. Actually, tak dan nak tunggu sejuk btl2 sb dah ada yg tak sabar nak makan...nasib baiklah sempat posing jap...hehe. Masih menggunakan bahan yang sama dan sukatan yg sama. Setakat ni dah ada yg sudi cuba resepi ni. Kalau tengok kat dapur k.Madiha, Izah dan k.Zana...semuanya mengancam dan cantik2 jer gulungannya. Oleh krn DJ msh menggunakan bekas yg biasa tu, kejadiannya tetap begini...gulungan cam tak cukup jer...kek pun  jadi tebal sket...tp xpelah, asalkan dpt digulung, udah ler...hehe.


O ya lupa lak nk kasi tau...kali ni DJ guna filling stoberi utk menggulung kek ni (tersilap ckp ari tu kat kak Madiha...hehe). Filling ni taklah manis sgt pun. rasa masam2 manis gitu. Sesuailah dengan citarasa. Kalau guna krim aising pun sedap juga. Tapi kalau nak guna jem yg manis2 tu, boleh dikurangkan sukatan gulanya mengikut citarasa sendirilah kan. 

Apa-apapun, terima kasih byk2 diucapkan kpd yg telah sudi mencuba resepi ni. Daripada yg tak biasa menggulung kek pun dah pandai dah skrg. Tahniah buat izah. Practice makes perfect!

Resepinya boleh KLIK DI SINI.

proses membakar dan menggulung kek. Cara nak gulung kek ni senang jer. Kalau nak tau tip kak Madiha, apa kata jenguk sekejap ke dapurnya yer. InsyaAllah, satu masa nanti DJ akan tayang 'the making' dlm bentuk video plak yer...moga-moga sampai hajat di hati...hehe

Update :Tip menggulung kek berdasarkan pengalaman DJ
  • Kek jangan terlalu tebal. Jika terlalu tebal, nanti susah hendak menggulungnya dan berkemungkinan kek akan pecah. Sebaik-baiknya biarlah setebal 1 1/2 cm atau 2 cm shj.
  • Gulung dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa. Nanti jadi tak kemas.
  • Gulung menggunakan baking paper atau tuala bersih. Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Nanti kulit kek akan melekat di tangan atau kulit kek mengecut.
  • Jangan bakar kek terlalu lama. Suhu bergantung kpd kepanasan oven masing-masing. Jika kek terlalu garing dan kering, berkemungkinan kulitnya mengelupas dan pecah-pecah.
  • Pastikan kulit kek masak keperangan. Jika tidak, kulitnya pun akan mudah tertanggal atau melekat pada kertas baking. 
  • Kek gulung sepatutnya lembut, gebu dan mudah digulung.
  • Kek boleh digulung samada masih panas mahupun sejuk. Terpulang pada citarasa. Jangan terlampau lama dibiarkan sejuk. Nanti kek akan jadi kering dan susah pula nak menggulungnya.
  • Untuk sapuan/filling. Boleh gunakan krim aising/buttercream atau jem. Sekiranya menggunakan jem, sila cairkan dulu jem tersebut supaya mudah untuk meratakannya pada kek.
  • Jem boleh disapu ketika kek masih panas. Tetapi jika menggunakan buttercream, sila tunggu kek sejuk terlebih dahulu.