Selasa, 22 Maret 2011

Nasi Ayam Madu Lada Hitam

Hari ni buat nasi ayam. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa dah dengan ayam ni. Resepi ayam mmg byk dalam internet, dalam majalah dan buku masakan tapi tak semua resepi dapat memenuhi citarasa keluarga. Betul tak??...hehe. Entah tetiba teringatkan nasi ayam. Dah lama sgt tak masak. Lagipun nasi ayam ni sedap. Masak je lah kan....mmg menyelerakan!

Yang menjadikan nasi ayam ni sedap ialah ayamnya. Manis, masin, pedas dan masam..semuanya ada. Memang tak cukuplah  kalau makan seketul dua. Resepinya lebih kurang sama jer dengan resepi ayam madu lada hitam sebelum2 ni. Tapi oleh kerana terlebih rajin, DJ tuliskan resepinya supaya mudah nak rujuk pd ms akan dtg. Resepi ni mmg best utk dimakan bersama nasi ayam atau nasi putih. Kalau nak ratah atau cecah dengan sos cili pun sedap gak. 


Resepi Ayam Madu Lada Hitam 

bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam (dipotong empat)
  • 1 sudu makan lada hitam atau secukupnya (ditumbuk)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • madu secukupnya
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan sos plum (boleh juga guna sos tomato)
  • 1-2 sudu besar kicap pekat
  • garam secukup rasa
Cara-cara : Rebuskan ayam bersama garam dan air secukupnya hingga 1/2 masak. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Boleh juga dipanggang mengikut citarasa.

Untuk resepi nasi ayam bolehlah google di DapurKu SaYang jika berminat. Terima kasih atas kunjungan anda semua.