Minggu, 06 Maret 2011

Ayam Kalasan Berseri


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Hari ni cuaca baik2 jer. Tapi tau taulah kejap2 lagi...mcm nak hujan pun ada gak. Harap-harap biarlah panas sampai ke petang. 

Ok, hari ni DJ buat pulut kuning dan kari ayam. Tapi entrinya akan menyusul kemudian yer. Nak tayang ayam kalasan ni dulu. Buat 2-3 hari lepas. Sebaik shj berjaya membeli senaskah majalah Jelita bulan Mac, DJ terus belek mukasurat resepi. Tergoda dengan resepi ayam kalasan berseri kak Ummi Kuantan tu, petang tu terus DJ buat ikut resepi tu. Tapi taklah seseri ayam yg kak Ummi buat tu. Tak kesahlah kan, yg penting, sedaaapp! Tahniah diucapkan sekali lagi kpd kak Ummi. Banyak resepi beliau telah tersiar dalam Majalah Jelita. Ada 8 kesemuanya dan semuanya nampak menyelerakan. Begitu juga dengan resepi CMG. Tumpang seronok dan bangga atas kejayaan teman2 blogger masakan ini. Syabas sekali lagi. 

Di sini DJ tuliskan resepi Ayam Kalasan Kak Ummi untuk rujukan bersama. Kalau nak tengok resepi2 lain beliau, bolehlah dapatkan Majalah Jelita bulan Mac 2011. Harap-harap msh ada lagi di pasaran sb majalah2 sebegini cepat laris. 

Resepi Ayam Kalasan Berseri
resepi : Kak Ummi Kuantan, Majalah Jelita, Mac 2011

bahan-bahan :
  • 1 cawan kelapa parut
  • sedikt garam
  • 1/3 cawan air
  • 4 ketul paha ayam (dibuang kulit dan dikelar sedikit)
  • minyak masak secukupnya
bahan-bahan dikisar kering : (DJ tumbuk kasar jer)
  • 2 camca besar biji ketumbar
  • 2 camca besar biji lada putih
bahan-bahan dikisar basah :
  • 5 batang serai
  • 2.5 cm halia
  • 2.5 cm kunyit hidup
  • sedikit air

Cara membuatnya :
  1. Campurkan kelapa parut bersama garam, air, bahan kisar basah dan bahan kisar kering di dalam periuk, gaul rata.
  2. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga lembut dan air hampir kering.
  3. Angkat ayam dan tuskan.
  4. Tus juga kelapa parut di dalam bekas berasingan.
  5. Panaskan minyak goreng ayam hingga keemasan dan angkat.
  6. Goreng bahan kelapa parut sehingga bertukar keemasan tetapi jangan sampai hangus.
  7. Angkat dan tus.
  8. Hidang ayam goreng bersama kelapa yang sudah digoreng tadi.
Nota : Istimewanya ayam goreng ini tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih kerana bahan ini akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri. Menggunakan kelapa akan menambah lemak gorengan ayam.