Dah agak lama tak buat kari ikan. Tetiba rasa nk buat ari ni. Sayang hubby tak balik lagi. Kalau tak, gerenti bertambah sedap lauk ni..hehe. Kali ni guna kepala ikan jenahak. Tapi taklah besar sgt pun. Bolehlah utk makan tiga beranak. Selain tu, ada ayam goreng sket. Buat lagi atas permintaan anak2 kesayangan.
Resepi kari kepala ikan ni DJ ikut citarasa sendiri. Memang kenalah dengan selera anak tekak. Alhamdulillah...habis juga seperiuk.
Resepi Kari Kepala Ikan (Tanpa Santan)
bahan-bahan :
- Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
- kacang bendi
- 3 biji bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 tangkai daun kari
- sedikit halba campur
- tomato (dibelah 4)
- 3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
- garam dan sedikit gula
- air asam jawa
Cara-cara :
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
- Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
- Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.
Ayam ni senang jer nak buat. Guna tepung KFC jer. Memang best! Anak-anak mmg selalu request. Oleh kerana tak ada wings, maka, DJ pun tak layan sgt...hehe.
Ayam Goreng ala KFC
bahan-bahan :
- Ayam
- Tepung KFC secukupnya
- air sejuk
- telur - optional
Cara-cara : Gaul-gaulkan sebati semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian panaskan minyak untuk goreng terendam. Semasa hendak menggoreng, salut atau golek-golekkan lagi ayam dengan tepung KFC dan gorenglah hingga masak keperangan.
Percubaan kali ketiga...Two-tone Cake...buat sikit jer malam tadi...setakat utk minum petang oklah kan. Dah tak ada kerja, boring sungguh. Apa-apa pun layan gak kek yg sedap ni. Cara nak mengadun pun senang. Tak perlu pakai mixer. Nak buat lagi nanti sampai puas hati, barulah tepek resepinya di sini yer.