Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Baru nak bersiaran sementara ada kesempatan. Hari ni tak kemana-mana. Duduk rumah jer. Kemas-kemas apa yang patut. Anak-anak pun tengah khusyuk melayan TV. Tak apalah kan, bagi kelonggaran sket time cuti sekolah ni. Kalau tak ada aral melintang, hubby tak busy dgn kerja, InsyaAllah next week nak bawak bdk2 ni pergi bercuti tapi tak pasti ke destinasi mana. Plan ari tu nak ke Genting atau Penang. Tengoklah mcm mana nanti.
Oklah, pagi tadi sempat buat roti John. Sgt2 mudah. Hari tu tak sempat nak update resepinya. Minta maaf sekiranya ada yang tertunggu2 yer. Kali ni guna burger ayam jer. Enak bangat!
Lunch hari ni plak masak kari kepala ikan dan ayam goreng. Actually tak berapa berselera sgt nak makan sb tak ada geng...hehe. Apa2pun jom kita semak dulu resepi mudah roti John...
bahan-bahan : untuk 1-2 orang makan
- 2 keping roti hotdog (dibelah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan dengan sedikit mentega jika suka)
bahan inti :
- 2 keping beef/chicken burger (direbus sampai lembut dan dilenyek)
- 2-3 biji telur (dipukul sedikit)
- 1 sk serbuk cili
- hirisan bawang besar/Holland
- hirisan daun sup
- 1/2 sudu makan sos cili
- sedikit garam jika perlu (DJ x letak)
Cara-cara :
Panaskan sedikit mentega/minyak masak di dalam kuali leper. Kemudian dadarkan adunan telur tadi.
Tekapkan roti di atasnya sebaik sahaja telur hampir kering. Angkat dan terbalikkan roti. Kemudian hiaskan dengan hirisan kobis, bawang besar, tomato, sos cili dan mayonis. Ikutlah citarasa masing-masing.
Sedia untuk dimakan...