Hari ni dah tak tau nak masak apa dah...kita layan jelah apa yang ada ni yer. Selain menu tauhu sambal berudang berbuncis ni, DJ tak lupa akan makanan kegemaran anak2 iaitu ayam goreng KFC dan sayur campur masak lemak. Untuk DJ, menu ni dah mencukupi. Sedap dan sgt2 menyelerakan.....Alhamdulillah.
Resepi ringkas jer tapi sgt best!
Tauhu Sambal Berudang
resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
- 10 ekor udang basah (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
- 2 batang kacang panjang (dihiris)
- 2 keping tauhu (digoreng dan dipotong kiub)
- 1/2 labu bawang besar (dikisar)
- 2 biji bawang merah (dikisar)
- cili giling secukupnya
- sedikit udang kering (dikisar)
- sedikit air asam jawa
- 1 sudu makan sos tiram
- minyak untuk menumis
- garam dan gula
Cara-cara :
- Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, udang, kacang panjang dan air. Kacau rata-rata.
- Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi, garam, gula dan air asam jawa. Gaulkan dan kacau hingga kuahnya pekat.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas.
Buat HaSue, teman masak2 dan jiran senegeriku di sana,...'Selamat Menyambut Hari Lahir' yer. Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa ceria dan bahagia selalu..amin. Salam sayang dari kamek. Bila nk tiup candle tek??....heheh.