Senin, 06 Juni 2011

Ikan Celup Tepung .. yang sangat rangup!


Assalamualaikum...

Hari ni kita layan plak ikan celup tepung. Tak dan plak nk posing cantik2 sb anak2 dah tak sabar nk ngap. Memang sedap dan rangup jer rasa ikan ni. Walaupun dah sejuk, tetap maintain rangup. Bahan-bahan utk buat batter pun amat ringkas dan tak perlu pakai telur. 

Jom layan resepinya yer. MeM ada byk tugasan lain lagi yg perlu disiapkan. Terima kasih sudi singgah. :)

Ikan Celup Tepung
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • Ikan kembong/mabong (dibersihkan)
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais) -/+
  • garam
  • 1 sudu besar marjerin
  • sedikit serbuk kunyit
Cara-cara : Blend kesemua bahan kecuali ikan hingga sebati. Batter hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kemudian, sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, celupkan ikan ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Toskan setelah masak. Kemudian, hidangkan panas-panas bersama nasi putih atau sos cili.