Kamis, 09 Juni 2011

Kek Green Carpet (Kukus)


Dah agak lama sebenarnya bercadang nk buat kek karpet ijo ni..dari hujung tahun lps lg. Baru skrg dpt tunaikan hajat (actually buat 2 hari lepas). Meskipun nampak biasa jer kek ni tapi rasanya boleh tahan sedap. Taklah manis sgt dan sesuailah dibuat utk minum petang atau utk menyambut tetamu. Adunan kek dibuat lapis-lapis terlebih dahulu, pas tu barulah dikukus hingga masak. Kadang2 DJ buat marble atau main tompok2 jer. Klik di sini untuk versi asalnya. 

O ya, masa nk prepare bahan2nya ari tu, DJ rasa malas pulak nak kisar biskut marie. Last2, gantikan dgn tepung semolina....jadi, ada lain sketlah teksturnya. Apa2pun tak kisahlah, janji sedap!..hehe.

Sebelum terlupa, mungkin ada dlm kalangan pembaca di sini  berminat nak belajar buat kek terutama kek2 kukus. Ada juga yg keliru dengan penggunaan cawan2 metrik serta saiz loyang. Siap ada yg hantar emel lagi bertanyakan tentang masalah tu. Adehh...kdg2 DJ asyik2 buat kek ni hampir terlupa plak dengan adik2 dan kakak2 yg baru nak belajar buat kek. Mintak maaf sgt2. Tapi janganlah risau yer. Sila KLIK DI SINI utk penerangan secara detail ttg sukatan imperial/metrik. Moga2 dptlah membantu sedikit banyak, InsyaAllah.

Ok lah, jom kita semak resepi kek ni. Tak sah plak kalau tak repeat...hehe.

Kek Green Carpet (kukus)
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : Loyang 6 ATAU 7 inci (kek ni saiz kecil je)
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri 
  • 5 biji telur A 
  • 225 gm mentega / marjerin
  • 3/4 cawan gula halus 
  • 4 sudu besar tepung biskut marie (kira-kira 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus) 
  • 3 sudu besar horlicks 
  • 1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco 
  • 1/4 cawan susu pekat manis 

Cara-cara :
  1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
  2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata-rata. Ketepikan. 
  3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga kembang, putih dan gebu. (pastikan gula betul-betul hancur). Gunakan kelajuan maksimum. (Jika menggunakan marjerin, tidak perlu dipukul terlalu lama, cukuplah sekadar gula hancur)
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar dan buatlah hingga habis. Gunakan kelajuan minima sahaja. 
  5. Masukkan susu pekat dan putarlagi. 
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan. 
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong. 
  8. Kemudian tuangkan adunan tadi di dalam loyang secara berselang seli, ditompok-tompokkan atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri). Kemudian tutup loyang dengan kertas foil.
  9. Kukuslah selama 1 jam 20 minit. 
  10. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan dulu selama lebih kurang 5-10 minit dan barulah dibuka. 
  11. Sejukkan kek sebelum dipotong.



    Kpd yg telah sudi mencuba resepi ni seingat DJ lah kan, Kak CT, kak Ummi, Rima dan ramai lagi...terima kasih semuanya. Mmmmuahhh!