Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Macam tak lengkap jer dapur ni kalau tak buat dan tayang kek setiap minggu kan...hehe. Dekat2 nk puasa dan raya ni InsyaAllah, makin byklah resepi kek kukus keluar. Dah namanya peminat kek kukus kan, nk buat mcm mana.
Semalam mmg happy sgt bila melihat hasil kejadian kek ni. Betul2 buatku happy. Alhamdulillah...dahlah cepat dikukus, sedap plak tu. Inilah antara kek lapis kukus Srwk yg menjadi kegemaran DJ sekeluarga. Time raya, mmg wajib buat. Biasanya DJ akan menggunakan sukatan gelas utk membuat kek ni. Tapi kali ni DJ buat ikut sukatan cawan metrik. Itupun buat 1/2 adunan jer. Saja nk buat minum petang sekaligus dpt share resepinya di sini. Lagipun, tempoh hari ada yg request resepi kek kukus yg menggunakan serikaya. haaa..sedang eloklah ni. Yg request tu plak dah lama, tahun lps rasanya. Cuma DJ belum ada kerajinan lagi nk mengukus menggunakan serikaya. Harap2 yg mengantar emel tu tak terlepas pandang plak kali ni yer...hehe.
Sekali lagi DJ ulang yer, kek ni teramat sedap. Setelah adjust mengikut versi baru DJ, ternyata hasilnya tak menghampakan. Sedang elok jer kejadiannya. Taklah manis sgt kalau dibandingkan dgn resepi asalnya (sukatan gula boleh adjust what....). Selain tu, kek ni padat tapi lembut. Kalau rasa berminat, bolehlah cuba resepi ni. Nanti DJ akan sertakan sekali bahan resepi asalnya yg menggunakan gelas kaca transparent. Gelas yg biasa DJ pakai tu boleh muat 200 ml air utk menyukat bahan-bahan kek ni. Tapi terpulanglah pd selera masing2lah yer. Nak guna cawan metrik pun boleh, gelas pun lagi boleh.... :)
Kek Lapis Happy Day(kukus)
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang
bahan-bahan : loyang 6" x 6"
- 3/4 cawan tepung superfine (diayak)
- 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
- 5 biji telur A
- 225 g mentega berkualiti tinggi
- 3/4 cawan gula halus
- 1/2 cawan serikaya
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sk esen vanilla
- 2 sk serbuk nescafe
- pewarna hijau (DJ campurkan dengan pes pandan), merah, kuning dan coklat
Cara-cara :
- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Balutkan penutup pengukus dengan tuala bersih. Sediakan loyang kek. Alaskan dengan kertas serap minyak dan sapukan mentega serta ditaburkan dengan sedikit tepung.
- Putar mentega bersama gula hingga gebu dengan kelajuan maksimum. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
- Masukkan susu pekat dan putar lagi.
- Masukkan serikaya dan putar lagi hingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
- Warnakan hijau, merah, kuning dan satu adunan lagi dicampurkan dengan pewarna/perisa coklat dan serbuk nescafe (kacau sebati). Kemudian setiap adunan dibahagi dua lagi supaya menjadi lapan lapisan. Tapi kalau nk buat 4 lapisan saja pun boleh.
- Untuk lapisan pertama, tuangkan adunan warna kuning dan ratakan. Kemudian tutup loyang dengan kertas foil tetapi hendaklah direnggangkan. Kukus selama 5-7 minit atau sehingga adunan dah tak cair. Kemudian buat lapisan keduanya. Ulangi proses sehingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 20 minit lagi supaya kek masak sempurna.
- Setelah masak, tutupkan api. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Bahan-bahan untuk resepi asal :
- 10 biji telur ayam
- 12 oz mentega berkualiti tinggi
- 1 gelas gula halus
- 3 gelas tepung gandum
- 1 tin kecil susu pekat manis
- 16 oz serikaya
- 2 sk esen vanilla
- 1 sudu besar serbuk nescafe
- pewarna hijau, merah, kuning dan coklat
Cara-cara : - SDA -
update lagi :
update lagi :
**maaf resepi yg menggunakan loyang 6 inci sudah diedit balik. hrp maklum.
**kek kukus Happy Day ni ada versi menggunakan kismis utk taburan pd setiap lapisan. Kalau nk guna bahan tu pun boleh.
**di bawah adalah contoh cawan dan sudu metrik. (Gambar pinjam dari Pakcik Google...tq)