Jumat, 17 Juni 2011

Ayam Seri Harum


Nyaris2 lagi nk jadi rendang betul2...heheh. Semalam nampak Kak CT tayang ayam seri ni...mmg seri ler kita ni kan kak...sebabnya  dyg pun masak benda yg sama tp dimasak utk makan malam. Cuma lmbt sket nk tayang...hmm, biasalah...kalau tak busy, mmg ada masalah dgn line internet ler tu. Alhamdulillah...problem tu dah settled. Hari ni dh dpt guna semula broadband kesayangan.... :)

Berbalik cerita psl ayam seri harum ni. Memang sedap dan harum cuma kurang berseri kalau dibandingkan dgn ayam yg kak Nor buat. Agaknya DJ telah menderhaka sket kot. Sorry yer kak, kita dh tambah kerisik sket mengikut selera. Bau pun dah seakan2 rendang dah...buat pekat2.... i likeeee!

Terima kasih yer kak Nor krn sudi berkongsi resepi yg sedap ni. Anak2 pun nampak berselera jer makan...tak ada seketul pun yg tinggal...habis licin time tu gak. Mmg best!
Dyg cnp resepinya di sini yer kak. tqvm...mmmuahh!

AYAM SERI HARUM

Bahan:
  • 3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1in halia*
  • 1 in kunyit hidup* (* diblend)
  • 2 batang serai ~ diketuk (DJ blend sekali)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 kpg asam keping
  • 3 helai daun limau purut ~ dicarik
  • garam dan gula
  • 1/2 kiub pati ayam
  • minyak
  • 2 sudu makan kerisik (DJ tambah)

Cara:
  1. Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
  2. Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
  3. Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
  4. Masukkan santan, air dan asam keping.
  5. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
  6. Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.