Alhamdulillah...sekali lagi dpt menayangkan dessert kegemaran DJ sekeluarga. Puding ni DJ buat 2 hari lepas sebagai memenuhi permintaan anak2 dan juga diri sendiri. Kali ni buat lbh sket supaya tak berebut2. Memang puas hati betul. Ramai juga yg telah mencuba resepi ni terutamanya para penggemar puding. Terima kasih semuanya...Alhamdulillah..bersyukur krn ada juga yg sudi mencuba resepi yg sgt sedap ni (pd pendapat DJ).
Tekstur puding ni mmg sgt lembut dan tak sesuai diletakkan ke dalam loyang sekaligus. Sebaliknya menggunakan cawan atau bekas2 kecil jer. Anak2 dah pastinya minat akan puding dlm bekas/cawan2 kecil serta dihiasi dengan coklat urai yg berkaler2. Tapi DJ letak apa yg ada jelah...janji sedap dan anak2 pun suka.
Bahan-bahan utk buat puding ni sama seperti resepi yg sebelum ni. KLIK DI SINI. Cuma dari segi sukatannya, ada penambahan sedikit mengikut bilangan si pemakannya. Maka, jadilah ia resepi II. Sesiapa yg belum lagi mencuba resepi ni, sudi2kanlah mencubanya yer. Memang tak rugi.
PUDING COKLAT SOS KASTARD
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang
Bahan-bahan : 8-10 orang makan
Puding Coklat :
- 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
- 500 ml susu segar
- 250 ml susu cair
- 200 ml air
- 3/4 cawan gula pasir
- 3 sudu besar susu pekat
- 3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
- 2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.
Sos Kastard selepas dimasak. Sedaappp!