Rabu, 22 Juni 2011

Kuih Lapis Nyonya aka Kuih Genggang


Akhirnya terlaksana juga impian nak buat kuih lapis hari ni. Dah lepas kukus, kipas2 jap, pas tu terus potong. Mmg takdanlah nk tunggu sejuk btl2. Sukatannya ngam-ngam utk keluarga kecil. Biasa main beli jer. Anak2 mmg tak pandang pun. Tapi kan, bila DJ buat seloyang kuih ni, rasa mcm tak cukup plak. Tetiba jer bdk2 tu jadi minat. Yg sorang lagi tu suruh buat lagi...aikk,..tak sangkalah dpt sambutan....syukur Alhamdulillah. Berbaloi2 rasanya. InsyaAllah, akan ada siaran ulangannya nanti.

Ok, tak nak pot pet byk2 yer...jom kita layan resepinya sambil2 berpantun...heheh.

Cik nyonya jalan berlenggang,
Singgah ke pekan membeli roti;
Kuih lapis nyonya aka kuih genggang,
Sedap dimakan payah nak berhenti.


Merpati putih terbang seribu,
Hinggap mari di pohon jati;
Terima kasih wahai sifu Mat Gebu, 
Kerana sudi berkongsi resepi.

Kuih Lapis Nyonya aka Kuih Genggang
Resepi asal : Bro. Rozzan
Sumber II : lepas-lagi@DapurKu SaYang

Bahan A :-)

  • 150 g tepung beras (DJ letak 120g tepung beras + 30g tepung gandum)
  • 30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
  • 400 ml santan pekat
  • 160 ml air

Bahan B :-)

  • 180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir) 
  • 150 ml air
  • 1/4 camca teh garam
  • 2 helai daun pandan

BAHAN C :-)

  • Pewarna makanan hijau
  • Pewarna makanan merah jambu@pink
  • Pewarna makanan merah cili

Cara membuatnya :-)

  1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
  2. Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.
  3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
  4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!