Rabu, 01 Juni 2011

Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera semua...

Entri ni DJ publish tgh mlm tadi tanpa kata2... Ni baru nk bercakaplah ni...tak sah kalau tak menulis apa2 kan...hehe. Malam tadi mengantuk sgt2 tp sempat gaklah tayang kek dgn resepinya. Alangkah terkejutnya DJ membaca komen2 you all ni....k.ham, siap ckp psl rotan montot lak yer...huhu...dasyat betul lah!...nasib baik dah update kan kak....kalau tak, mau jer cabut lari cam cerita hantu Kak Limah tuu...hihik. Anyway, trm ksh byk2 kerana sudi tinggalkan komen. Jap lagi kita balas k.

Ok2....berbalik cerita psl kek pisang ni....actually, DJ nk bagi kelainan sket pada resepinya. Sebelum2 ni dah selalu buat kek pisang yg biasa2 tu...mcm yang dijual kat Giant tu lah...mmg sedap rasanya. Untuk kek pisang ni, kalau tengok kat resepinya, DJ tak menggunakan soda bikarbonat sb buat masa ni tetiba jer allergik dgn benda alah tu. Jadi, bg sesiapa yg sama kes dgn DJ ni, bolehlah mencuba resepi ni. 

Isi pisangnya letak satu cawan jer sb DJ nk bagi kek ni ada rasa pisang sket dan rasa kek sket. eh, cam mana nk cakap eh...nanti cubalah sendiri yer...baru tau hasilnya mcm mana kan..:)

Kek ni mmg lembut dan gebu especially kalau dah dibiarkan semalaman...lagi lembut dan lembap.Rasanya pun semakin sedap. Tang sukatan gulanya plak, kenalah adjust sendiri yer. Kalau pisang tu dah terlebih ranum atau manis, bolehlah dikurangkan sukatannya. Atau jika suka, boleh juga letak chocolate rice selepas adun dengan minyak jagung/mentega cair. Ikutlah daya kreativiti masing2. 


Selamat mencuba!

Kek Pisang Gebu
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 8 inci (menggunakan api atas & bawah)
  • 2 cawan  tepung gandum (DJ guna 1 3/4 cawan tepung dan 1/4 cawan horlicks)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 cawan pisang yang sudah dilecek
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 1/4 cawan susu cair atau susu segar
  • 4 biji telur gred B
  • 1 cawan gula kastor (-/+)
  • 1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
  • 100 ml minyak jagung atau mentega cair
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
  2. Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
  4. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  5. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan. 
  6. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.