Senin, 06 Juni 2011

Sambal Udang Bermayonis



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hmm...udang lagi kan...mmg tak jemu2. Tapi DJ nk bagi tau satu rahsia ttg sebelum terhasilnya masakan udang ni. Kan DJ ni suka masak udang dengan pelbagai versi kan3x....tp kan, DJ sebenarnya arllegik dengan udang mentah ni. Seluruh tangan berasa pedih dan gatal lps bersihkan udang...mmg menyeksakan kalau tak ada oang bantu nk siang/cucikan udang ni kecuali kalau berada kat rumah mak..tapiii, kalau makan tak arllergik plak. Makanlah byk mana pun tetap ok jer. haa...begitulah ceritanya..kalaulah kepingin sgt nk makan tu, allergik tak allergik, redah jelah...hehe.

Oklah, jom kita layan resepi udang yg mudah lagi sedap ni. Sangat sedap dimakan bersama nasi putih, nasi lemak atau apa2 saja nasi kesukaan...mmg best!

Sambal Udang berMayonis
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 3-4 orang makan
  • 12 ekor udang yang sudah digoreng
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 inci belacan bakar (dikisar)
  • 3-4 sudu makan cili giling
  • 2 sudu makan mayonis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan mayonis dan sedikit air. Kacau sebati. Apabila sudah mendidih, masukkan garam, gula dan bawang besar. 
  3. Apabila kuahnya sudah hampir pekat, barulah dimasukkan udang. Gaul-gaulkan sebentar dan terus tutupkan api. 
  4. Hidangkan.