Jumat, 27 Mei 2011

Puding Kentang Berkaramel

Yuhuuuu!...resepi puding dah update!..sila2lah semak resepinya yer. Asyik tertangguh2 jer nak tulis resepinya...arrgghh! MeM dah terkena serangan virus 'M' jer sejak dua menjak nih...sabo jelah. Gambar puding ni pun ala2 kena serang virus gak. Malas nk fikir2 lagi dah....nasib baik puding kentang ni sedap dan kena dengan selera anak tekak. Sejuk hati...ermm

Puding stail gini mmg sesuailah bagi yg tak suka dengan bau telur. DJ pun tak berapa gemar sgt makan yg plain jer tu. Rasa mual2, dan boleh pengsan dibuatnya. Tapi my daughter jenis tak kesah. Asalkan ada karamel, dia mesti suka. Skrg ni pun dia dah boleh makan karamel pekat. 


Ok...mari kita layan resepinya....terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak anda di sini.

Puding Kentang Berkaramel
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang


Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  6. Setelah  puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.