Selasa, 24 Mei 2011

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Dah minum petang ke belum??...kalau belum, jom kita minum teh dan makan kek velvet... :)

Kek ni dikukus malam tadi. Oleh kerana cara penyediaannya teramat senang, DJ pun buatlah 1/2 adunan dp resepi asalnya. Masih ingat lagi tak dgn kek Alunan Kasih yg femes itu? Nama dan tajuk hampir sama tapi teknik mengolahnya mmg jauh berbeza. DJ dah pernah buat kek Alunan Kasih. Kali ni nak cuba pulak resepi kak Fida dengan versi kukus. Hasilnya??....hehe. DJ tak dptlah nak bg penilaaian sepenuhnya yer. Sebabnya ialah, DJ telah menderhaka kpd resepi asalnya. Memang tak sah kalau tak derhaka biarpun sket jer...huhu. Minta ampuuunn byk2 yer kak Fida. Walau apa2pun, dah namanya kek velvet mesti la sedap kan. Bahan-bahan kek ni pun kalau tak silap lebih kurang sama jer dgn kek Kukus Hawflake kak Fida, cuma perlu tambah hawflakenya jer. Tapi yg paling penting, kek ni mudah, cepat dan sedap dimakan.Terima kasih yer kak Fida atas kesudian berkongsi resepi kek kukus yg sedap ni.

Kek ni (berdasarkan olahan resepinya) naik elok jer. Sangat gebu dan lembut!..mcm kek span pun ada gak tp sedikit lembab sb DJ campurkan dengan serikaya. Biarpun buat 1/2 adunan, tapi boleh tahan gak saiznya. Memang sesuailah dgn bilangan penghuni yg ada kat dlm rmh ni.


Untuk lapisannya...DJ tak lapis dgn serbuk koko. Sebaliknya, DJ taburkan dengan serbuk milo jer. Jadi tak ada masalah lah kalau terlebih letak ker apa ker...rasa pahit pun tak ada....ermm...mmg best!

Mari kita semak resepinya di sini. TQ kak Fida. 

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)
Resepi : Kak Fida@myr

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

Kek ni DJ buat 1/2 adunan dengan menggunakan loyang 6 inci.
Bahan2 untuk resepinya adalah mengikut keselesaan dan citarasa sendiri.

bahan 1/2 adunan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung semolina
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 90 g gula kastor
  • secubit garam
  • 3 biji telur A
  • 6 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar serikaya
  • 60 ml susu cair
  • pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
  • serbuk milo untuk melapis
Cara-cara : sama seperti di atas.

memang tak rugi dicuba...