Alhamdulillah...kini DJ sudahpun berada di Kuala Lumpur. Kesihatan ayahanda buat ms ni tidaklah membimbangkan sgt. Tgh menjalani terapi...mmg ada perubahan positif sedikit demi sedikit...bersyukur sgt2...manakala makcik DJ msh lagi dirawat di hospital pakar. Ribuan terima ksh diucapkan kpd yg tlh sudi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka berdua....amin.
Terima kasih kpd teman2 serta pengunjung2 semua krn msh sudi utk menjengah ke DapurKu SaYang. Alhamdulillah...walaupun trafik agak slow tp sekurang2nya dapur ni taklah sunyi sgt kan...hehe.
Terima kasih kpd teman2 serta pengunjung2 semua krn msh sudi utk menjengah ke DapurKu SaYang. Alhamdulillah...walaupun trafik agak slow tp sekurang2nya dapur ni taklah sunyi sgt kan...hehe.
Ermm...DJ sebenarnya dah 2 hari kat KL. Memandangkan msh byk kerja yg perlu dibereskan, jd BW terpaksa ditangguhkan dulu. Mmg tak sabar rasanya nk singgah ke dapur rakan2 yg lain. Masih juga menggunakan broadband No 1 tu tp tu lah kan...slow mcm kuye2...mmg tak dpt lawanlah dgn broadband yg satu lagi ni. Laju jer. Harap2 ms akan dtg, signal Umobile 3G akan sampai ke Sarawak. Senang sket nk on9. Stkt ni hanya ada 2G jer kat sana. Kalau kat KL ni boleh dpt 3.5G. Masa ni tgh guna b/band tu ler, sb tu dpt publish entri ni.... Hishhh...ke situ lak ceritanya erkk....ekeke.
Oklah...ni cerita psl kek oren blended ni pulak. Ari tu ms kat kampung, DJ dah pun buat kek ni. Tp hasilnya amat mengecewakan. Bukan nak salahkan resepi yer tapi masalah oven rosak. Masa tu guna oven biasa jer. (menyesal plak rasanya tak guna oven tingkat kek lapis..huhu)...hasilnya kek menjadi kek bingka...mmg frustlah!...pas tu mak kata kek ni sedap walaupun separuh bingka...tak ada mood plak nk snap gambar time tu...bila dah balik KL, dlm kesibukan ni pulak sempat jugalah nak membalas dendam...heheh. Buat sekali lg biarpun terpaksa menderhaka pd resepinya. Ni pun bukan disengajakan yer sb masalah tak cukup bahan. Maklumlah, belom shopping brg2 dapur lagi sejak balik ari tu. Jadi, DJ guna bahan-bahan yg ada jelah. Janji rasa tak lari. Byk gak kena adjust tu. DJ pun ada tambah sedikit susu cair. Oleh kerana tak ada stok buah oren, DJ gantikan dengan jus oren sunquick jer. Tengok tu...derhaka byk kan3??...heheh
Ramai yg dah cuba resepi ni...DJ jer yg ketinggalan. Terima kasih byk2 yer kak Fida dr dapur myresipi.com krn sudi share resepi kek yg mudah dan sedap ni. DJ kopipes terus dari rumah Lina. Thanks Lina.
Blended Orange Cake
By: kak fida (myR)
source : Lina@Teratak Mutiara Kasih
- 1 biji buah limau
- 1 cawan minyak
- 2 cawan gula halus
- 4 biji telur (gred B)
- 2 cawan tepung gandum* (DJ guna SRF)
- 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
- Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.(sy tambah pewarna kuning)
- Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
- Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
- Bakar pd suhu 150C selama 30 min.(Bergantung pada oven)
Layan dululah yer kek ni...buat minum petang oklah kan. Nanti2 DJ update lagi. Selamat Menyambut Hari Ibu kpd semua ibu, mama, mak, umi, mami di seluruh dunia. Kpd mak dan mami, i love the both of you... soooo much!...