Sabtu, 21 Mei 2011

Donut Ball

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Pagi ni barulah ada kesempatan nk update entri yg sepatutnya nk publish ptg smlm. Lambat sket tak per kan??...tak ada org marah kan..hehe. Kdg2 tu terpulang pd inisiatif sendiri gak. Kalau rajin, hari2 pun boleh tulis entri. Kalau kurang rajin, bolehlah tulis 2 kali seminggu ker...tapi tak kisahlah kan...bukannya satu kewajipan pun. Sekadar mengisi masa yg terluang di samping dapat menulis cerita atau pengalaman tentang apa saja yg kita ingin kongsikan. Yang penting, ada manfaatnya, betul tak??....

Oklah, pagi ni DJ goreng nasik jer sb lunch nanti rasa2 mls nk masak. Tp kan terbayang plak mi Udang...slurpp!...ermm...kalau tak ada aral melintang, nk buatlah hari nih. Tu pun kalau rajin, kalau tak, beli tunjuk jer. Nak rest dulu. Tapi rehat2 pun ada byk lagi tuntutan kerja lain yg harus dibereskan. Umpamanya melipat kain....arrgghhh!...kalau lah si mek Sue tu boleh tolong lipat kan, alangkah bestnya. Atau suruh si mek Jah tu ker...ahakss...

Apa2pun jomlah layan dulu donut bol nih...hijau jer mata memandang kan...hehe. Actually, dah 2 hari berturut2 buat donut ni utk minum petang. Yg sebelum ni x sempat  nk tayang sb cepat habis...Petang smlm tu    buat lagi atas permintaan anak2. Sedap kata dia org. Memang kena dgn selera tekak. Nak buat pun senang jer, tak payah uli lama2 dan perap lama2. Lepas uli, terus bahagikan doh dan bentukkan menjadi bebola. Pas tu goreng. Dah siap tu bolehlah disadurkan dgn gula atau topping coklat kalau rajin. 

Resepinya hanyalah resepi yang biasa jer tapi hasilnya memang tak mengecewakan. Mmg sesuailah utk bdk2 dan mak bapak bdk..hehe. Ingatkan nak letak topping coklat, tp tak jadi. Alhamdulillah...biarpun tak cantik paras rupanya tapi cukup sedap. 

Donut Ball
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pelembut doh
  • 1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
  • 90 ml susu segar (-/+)
  • 1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • gula icing atau gula halus untuk saduran
Cara-cara :
  1. Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.