Senin, 16 Januari 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake (SMECC)...again!


Dah byk kali gak buat kek kegemaran si Danial ni...mmg tak jemulah. Buat dua adunan penuh pun sekejap je habis. Mmg x dinafikan lagi betapa sedapnya kek ni. Sgt moist, mewah dgn rasa coklatnya dan tak x muak. Rasa mcm satu kepuasan bl melihat si anak2 menghabiskan satu demi satu kek ni. DJ??..hehe..mkn sepotong pun jadi la kan. Tengok anak2 makan pun dah kenyang. Tanya kat Danial " Danial suke tak kek ni??" Dia jawab "suke sgt, mommy, ade love love lagi, sayang mommy".... Mommy tersenyum lebar... ^___^

Dah ramai juga yg mencuba resepi ni. Alhamdulillah...rata-rata yg mengatakan kek ni mmg kena dgn citarasa. Penyediaannya amatlah mudah. Tak perlu menggunakan mixer. Tak perlu menggunakan telur. Orang yg berpantang pun boleh makan. Terima kasih kpd semuanya..yg tak jemu2 menggunakan resepi ni. Ambiklah resepi ni...salin atau kopipes dan kongsikan kpd yang sahabat2 yg lain. DJ sgt berbesar hati. 

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak.  (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye) 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Untuk adunan separuh, boleh rujuk pada resepi asalnya DI SINI.