Minggu, 08 Januari 2012

Eggless Fruit Cake / Kek Buah Tanpa Telur (bakar)

Sangat mudah nak buat kek ni. Lately, DJ teringin sgt nk makan kek buah tapi kalau beli kat kedai, gerenti DJ takleh nak telan sb tahap kemanisannya...adehh...rasa sepotong pun belum tentu habis. Sb tu terpaksalah merajinkan diri membuat kek ni mengikut citarasa sendiri. Barulah puas hati, btl tak??...hehe

Kek ni tak menggunakan telur langsung. Teksturnya mmg lembut dan tak kering. I likeeee! Bagi yg tercari2 resepi kek buah tanpa telur, bolehlah try resepi ni. Mana tau kan kena dgn taste. Bagi DJ, mmg ok sgt2lah. Lagipun cara penyediaannya amat mudah sekali. Tak perlu guna mixer atau hand whisk...hehe...sebenarnya DJ mls nk guna mixer, itu sebab buat cara mcm ni. Alhamdulillah...suka sgt dgn kejadiannya...



Jom semak resepi!

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional

Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
Antara yg sempat dirakam..
Cara penyediaan yg tak menyeksakan...mula2 larutkan gula dan butter bersama susu cair. Bila dah larut, terus tutupkan api. Dan masukkan mix fruits yg sudah dihiris halus tadi dan kacaulah sebati. Tutupkan bekas tu. Biarkan ia terendam selama lbh kurang 4 jam atau semalaman. Gambar yg kat hujung sekali tu menunjukkan ia dah terendam lama. So, buah tu naik/terapung. Maknanya ia takkan jatuh semasa proses pembakaran. 

DJ menggunakan loyang 22 cm. Kalau nk jadikan kek ni lbh tinggi, ada baiknya guna yg 20 cm.
Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. DJ guna buah oren sunkist. Guna oren sunquick pun boleh kalau x ada stok buah oren. Bancuhlah dlm 2 sudu makan gitu. Lepas tu, masukkan ke dalam loyang. Taburkan badam cincang...sedap sihh!


Walaupun hanya menggunakan gula kastor, kek ni tetap berwarna keperangan...magik kan...hehe

Sedap!