Sekarang ni kan DJ dah semakin minat nk buat kuih2 ni. Pertama, sb teruja dgn resepi kuih/talam dari blog Yatiememories.blogspot.com. Asal ada resepi kuih lapis terbaru je, mesti teruja dan terbayang2. Memang tak rugilah berkenalan dgn ratu talam ni di samping dapat berkongsi resepi...btl tak Yatie?...hehe. Faktor keduanya ialah, anak2 dah mula reti mkn kuih...haha. Jadi, tak rugilah kalau dpt buat seloyang kan. Taklah membazir masa dan tenaga. Cukup berbaloi rasanya kalau apa yg kita masak, satu famili suka dan dpt menikmati makanan tu sampai habis. Penat lelah pun hilang...kan3x?... :D
Ok, Talam Permata Keledek ni dah lama DJ save resepinya dari dapur Yatie. Selalu je tertangguh2 nak buat. Alhamdulillah, baru2 ni dpt juga buat dan merasa. Alangkah sedapnyaa!..Memang tak rugilah melapis. Lagipun senang je...tak perlu lapis byk2. Cuma DJ tersilap teknik hari tu. Ditambahkan lg dgn kejadian kehabisan gas...adehh...tgh melapis tu gas habis pulak...terpaksa stop selama 1 jam...huhuh. Pas tu, gara2 nk cepat, tak sempat lapisan tengah tu masak, DJ terus letak lapisan hijau...hadoiii..habis rosak kuihku.....nasib baiklah terkene kat bahagian tengah jer...tapi frust jugaklah...warna dah bercampur...dah jadi kuih beralun pulak....hmmm..sabar je lah...Yang penting, kuih ni sedap dan lembut. Next time nak buat lagilah., Terima kasih ye Yatie atas perkongsian yg hebat ni. Izinkan DJ panjangkan resepinya di sini ye untuk rujukan bersama. TQVM...saaaayang dia... ^___^
Talam Permata Keledek
resepi : Yatie@Sinar Kehidupanku
sumber : lepas-lagi@DapurKu SaYang
BAHAN UTK LAPISAN TENGAH (loyang 10x10x2@3inci
- 2 cawan keledek oren yg telah di dadu (rebus & toskan)
- 1 1/2 cwn tepung beras*
- 1 cwn santan pekat*
- 2 cwn air*
- 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)*
- 1 cwn gula halus* (DJ guna gula pasir)
- sedikit garam*
CARANYA
- Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
- Masukkan keledek (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Biarkan sebentar.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS DAN BAWAH
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cwn gula halus (DJ guna gula pasir)
- 2 biji telur
- 1 cwn santan pekat
- 2 cwn air
- secubit garam
- pewarna merah dan hijau
Cara-caranya :
- Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
- Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, satu bahagian hijau dan satu lagi merah. Ketepikan.
CARA MELAPIS KUIH
- Sapukan sekeliling loyang dngn sedikit minyak masak dan alaskan plastik.
- Panaskan pengukus kuih. Tuang adunan warna merah ke loyang dan kukus selama 10 minit.
- Masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek oren tadi dan kukus selama 20 minit. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di permukaan.
- Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas tu cakar2 sikit permukaan kuih guna garpu barulah tuangkan warna hijau.
- Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana.
- Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
- Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.