Dah lama kuih ni duduk dlm folder. Baru teringat nak tayang. Masih ada lagi yg sedang menunggu giliran untuk dibuat tayangan amal. Nak cakap gaklah betapa sedapnya kuih lopes nih...anak2 pun suka makan. Meskipun ada termenderhaka sket kat resepi ni, tapi tetap menjadi dan tetap sedap...terima kasih kpd si empunya resepi, tulip77 dari dapur Myr. Siapa nama dia ni?? Pija eh??..DJ pun x pasti sgt...hehe. Apa2pun, terima kasih sekali lagi. Memang sedap!
Jom, layan resepinya...
Jom, layan resepinya...
Kuih Lopes
resepi : tulip77@myresipi.com
Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
- 2 cawan beras pulut
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pandan (dikisar)
- 1 st air kapur (tak letak)
- 1/2 sdt garam
- beberapa titik pewarna hijau (DJ letak pandan paste)
- kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
- 3 ketul gula melaka
- 5 sb gula
- 3 cawan air
- 1 helai daun pandan (DJ tambah)
Cara-cara
- Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
- Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
Sungguh tak sangka anak2 dah mula reti nak makan kuih-muih...nanti nak buat lagi dan lagi...