Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Agak lewat nak mengadap komputer ari nih...padahal taklah sesibuk mana pun...hehe. Seperti biasa, DJ nk ucap terima kasih buat semua pengunjung yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. Tanpa anda, suramlah blogku ini...
Oklah, menu ari ni taklah special sgt. Buat yg biasa2 dan main campak2 jer...tapi Alhamdulillah sedaaapp! Rasa mcm padprik ayam pun ada gak. Pada mulanya nk buat telur bungkus tapi kan DJ tak berapa nk rajinlah ari nih...mood tak berapa ok tapi oklah jugak daripada takda langsung...eh, tetiba jadi bengong plak dah...haha.
Apa-apapun layan jelah gambar ayam berserta resepinya ni k...sangat mudah dan sedaaapp!
Ayam Masam Manis
Resepi : DapurKu SaYang@lepas-lagi.blogspot.com
bahan-bahan :
- 200g isi ayam (dihiris kecil-kecil, diperap dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng)
- 1 labu bawang holland (dipotong bulat dan digoreng)
- 1 tangkai cili merah (dihiris)
- 1 cm halia (dicincang)
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu kecil cili giling (cili padi pun boleh)
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos plum (sos tomato pun boleh)
- 1 sudu kecil sos tiram dan kicap manis
- 2 biji limau kasturi (diambil jusnya)
- 1 sudu makan madu (dibancuh dengan sedikit air)
- 2 helai daun limau purut
Cara-cara :
- Tumis bawang putih dan halia hingga garing. Kemudian masukka cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos plum, sos tiram, kicap, madu dan cili merah. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika perlu.
- Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng tadi, jus limau dan daun limau purut. Gaul-gaulkan sebati hingga kuahnya sedikit pekat.
- Setelah masak, angkat taburkan bawang besar goreng. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.