Senin, 05 Desember 2011

Kek Oren Blended lagi dan Terima Kasih Kak Ummi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat dan ceria hendaknya ye. Dah lama gak tak update blog. Dapur pun dah bersawang. Nampak semakin suram dan sunyi je kali ni. Maaflah, mungkin ada yg tertunggu2 dan ternanti2kan entri terkini dari DapurKu SaYang. Apa2pun, demi kasih syg DJ terhadap pembaca yg sentiasa mengikuti perkembangan terkini masakan DJ, rasa bersemangat pulak untuk menulis entri terbaru. Terima kasih kpd semua yg sudi berkunjung ke dapur yg tak seberapa ini. Caaaayangg semua! ^___^

Alhamdulillah...sekali lagi DapurKu SaYang menayangkan entri kek oren blended yg dah acap kali buat. Tak ingat dah kali ke berapa. Disebabkan terlalu mudah dan bahan2 pun simple je kan,  nak buat berkali2 pun no hal punya. Lagipun resepi ni mmg berbaloi2 dicuba. Sedap, lembut dan gebuss!



Terima kasih sekali lagi diucapkan kpd tuan punya resepi, Kak Fida@MYR...dan tak lupa juga kpd semua rakan blogger masak2 yg telah byk kali memperomosikan resepi ni. (DJ x sempat nk backlink semua nama rakan blogger ni...tapi anda semua boleh tinjau2 ke blog list DJ tu ye...hampir kesemua mereka ini pernah buat kek oren yg begitu simple dan sedap ni)..... Resepi ulang tayang boleh RUJUK DI SINI

Kali ni DJ ikut semua bahan yang ada dalam resepi tu...cuma tang gula tu DJ kurangkan sket mengikut citarasa keluarga. Apa2pun tetap sedap dan lembut. Bagi yang belum pernah mencuba resepi ni, sudi-sudikanlah ye. Tak rugi pun mencubanya. 

ok done....

**********************************************

Seterusnya DJ nk cakap psl hal lain pulak ek. Adehh...segan rasanya nak cakap. Terasa amat janggal sekali buat diri DJ. Dah sebulan lebih DJ mendiamkan diri atau buat2 'low profile' jer sehinggalah satu ketika berita ini telah diwar-warkan dalam entri khas Kak Ummi, salah seorang rakan blogger yg amat DJ hormati dan kasihi. Sebenarnya, bukan niat utk buat2 tak tau je kan atau tak nak berkongsi cerita tetapi inilah diri DJ sebenarnya. Lebih suka duduk diam2 sambil main masak2. Diam2 jer kan. Bila ada idea, maka adalah resepi barunya, DJ tulis kat sini supaya tak lupa dan boleh jadi rujukan oleh sesiapa sahaja yg berminat.  Kalau ada yg sudi singgah dan ingin mencuba resepi yang ada ni, Alhamdulillah....DJ amat2 mengalu2kan semuanya dgn senang hati. 

Oleh itu, berita yg disampaikan ini bukanlah niat utk bermegah-megah atau menunjuk2 (DJ tetap menjadi diri DJ seadanya,..tiada apa yg berubah...hanya resepi sahaja yg bertambah....). DJ sekadar ingin berkongsi  kegembiraan kpd semua pembaca khususnya kpd blogger2 masakan. Tanpa pembaca, pengikut setia, serta teman2 blogger, DapurKu SaYang tak mungkin dikenali dan tak mungkin boleh pergi sejauh ini. 

Hal ni DJ dahpun war-warkan ke FB sebelum ni. Sebenarnya DJ tak menyangka blog yg tak seberapa ini tlh mendapat perhatian daripada pihak Majalah Al-Muslimah khususnya kak Nik Fauziah Nik Hussin selaku ketua editor majalah tersebut. Sebelum tu, kak Nik ada menghubungi DJ melalui FB dan kata beliau hendak mengambil beberapa resepi kek lapis dari dapur DJ untuk dimuatkan ke dalam majalah tersebut. Perasaan terharu, terkejut dan berdebar2 semuanya ada. Bagaikan mimpi la pulak. Selepas bincang2, akhirnya DJ bersetuju dengan lamaran kak Nik. 


Dan inilah hasilnya....antara resepi yang dimuatkan ke dalam majalah Al-Muslimah keluaran November lepas adalah Kek Lapis Kembang Melati, kek Lapis Bumi (olahan dari resepi kek Lapis Bumi HaSue), kek Lapis Asam Manis, kek Velvet Ombak Beralun dan kek Lapis Alwani (berlaku kesilapan sedikit tetapi sudah dimaklumkan oleh pihak majalah)...

Maaf beribu2 lemon jika DJ tak buat pengumuman sedari awal di sini. DJ dah bagi tau sebabnya tadi kan..hehe. Apa-apapun DJ amat bersyukur dan berterima kasih kpd kak Nik dan semua yg terlibat atas lamaran yang amat berharga buat DapurKu SaYang. Terima kasih daun keladi.... Alhamdulillah. 

Pada kesempatan ini juga, DJ ingn mengucapkan sekalung tahniah kpd 2 orang lagi rakan seperjuangan, iaitu Diana@Sky Blue's Kitchen dan Ros@Jintan Manis kerana resepi2 mereka turut menghiasi majalah yang berasingan iaitu majalah Aroma dan Jelita keluaran Disember. DJ belum sempat lagi nak mendapatkan majalah2 tersebut. Sesiapa yg tak nak ketinggalan, silalah mendapatkannya sekarang ye. 

Kepada kak Ummi. I like your statement :

"...kalian tetap hebat di mata akak, x kira baru atau lama....itu bukan tanda pengukur arasnya.... Yang penting kalian punya bakat dan kelebihan sendiri yang patut diambil pusing jugak oleh pihak2 media cetak begini. Femes ke picisan ke, hanya sesetengah kita sahaja yang meletakkanya, kita x perlu merasa rendah diri. Kejayaan orang lain sepatutnya jadi tips dan semangat buat kita untuk sama2 dalam perkongsian ini, bertukar2 resepi, berkongsi rasa, nasihat-menasihati dan saling memberi dan menerima serta keakraban kita berpadu hendaknya...Moga tiada benci di hati....amiiinnnn."

aminnn.....kerana statement kak Ummi lah, DJ rasa bersemangat semula untuk meneruskan karya biarpun sejak dua menjak ni dah agak 'suam-suam kuku' katakan...hehe. Terima kasih byk2 ye kak.....mmmuahhh!

Kepada rakan2 yang lain, anda juga blogger yg kreatif dan hebat dalam karya anda. Semoga kita sama-sama meneruskan usaha ikhlas murni selagi kita mampu. Buat kebajikan tak semestinya berupa harta atau tenaga, tetapi boleh diberi dalam bentuk idea dan budi bahasa. Dengan memberi bukannya menerima anda menjadi hebat. Yang penting, lakukanlah dengan seikhlas hati, jangan diungkit kemudian hari dan jgn berkecil hati kalau org tidak dpt menghargai. 

Alhamdulillah....syukur dengan rezeki yang sememangnya datang tanpa diduga.....tak pernah terfikirpun akan pergi sejauh ini. Terharu rasa di hati....tak terkata dah...

Terima kasih semuanya....