Gambar kek ni mmg dah agak lamaaaa tersimpan dlm folder. Baru sempat nk update resepi. Inilah satu-satunya gambar yg ada sb yg lain2nya dah ter'deleted' dgn tak sengaja...
Setiap kali DJ buat kek ni pasti DJ akan tringat-ingat kat adik lelaki( adik angkat yg juga sebenarnya sepupu DJ). Kalau nak buat kek ni kena buat 2 loyang sekaligus sebab yg seloyang lagi tu nak bagi khas utk dia sorang je. Entah kenapa, katanya kek nilah yg paling sedap dan menepati seleranya berbanding dgn kek2 Srwk yg lain. Dia boleh habiskan kek ni dalam satu masa. Mmg x percaya kan...tp tu lah hakikatnya...hehe.
Resepi kek ni sudah diolah semula dengan menggunakan sukatan gram. Kalau tengok resepi asalnya rasa2 ramai yg akan keliru. Nak buat pun x berani agaknya..ekeke. Masa DJ mula2 buat kek ni dulu pun mmg agak nervous rasanya sb pertama, tak faham resepi...dan keduanya, takut tak kembang mcm mak dan mami selalu buat. Tp Alhamdulillah...berkat kesabaran dan juga semangat serta dorongan dp mak n mami, akhirnya berjaya juga buat kek ni. Sukaaa sangat!
Kek Lapis Kembang Melati

resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang
bahan-bahan : Loyang 7" x 7"
Lapisan A :
- 200 g mentega berkualiti tinggi
- 7 biji putih telur gred A
- 150 g gula kastor
- 150 g tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100 g susu pekat manis
Lapisan B :
- 200 g mentega berkualiti tinggi
- 100 g gula merah atau gula kastor
- 7 biji kuning telur
- 100 g tepung gandum
- 100 g susu pekat manis
- 200 g coklat masakan (dicairkan)
- 250 g red dates/kurma merah (dicincang halus/kisar/tumbuk) - DJ tumbuk dan kisar sampai halus
- 3 sudu besar browning sugar/gula hitam (atau 1 sudu besar coklat emulco dan pewarna coklat) - sila ke link DI SINI untuk rujukan cara-cara membuat browning sugar/gula hitam.
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dengan mentega di sekelilingnya.
Lapisan A :
- Putih telur dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi.
- Di dalam mangkuk adunan yg lain, pukul mentega sampai putih dan barulah dimasukkan pula susu pekat manis, esen vanilla dan tepung . Putar sebati.
- Satukan kedua-dua adunan tadi dan kacau hingga betul-betul sebati.
Lapisan B :
- Kuning telur dipukul bersama gula merah sampai hancur. Masukkan mentega dan putar hingga sebati. Masukkan pula susu, gula hitam, coklat cair dan buah kurma/red dates. Kacau rata-rata.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
Cara melapis :
- Kukuslah selapis demi selapis dimulakan dengan lapisan A (2 senduk) dan kemudian lapisan B (3 senduk).
- Setiap lapisan dikukus selama 10-20 minit bergantung pada ketebalan lapisannya. Setelah habis melapis, kukus lagi hingga 30 minit atau sehingga kek betul-betul masak.
- Setelah masak, keluarkan kek dr pengukus dan sejukkan seketika sblm dipotong.
Nota dan peringatan:
**Sediakan telur gred A 7 biji dan asingkan putih dan kuningnya untuk dibuat lapisan A dan B.
**Gunakan telur yang fresh
**Gunakan mentega yang berkualiti tinggi seperti SCS dan Anchor utk mendapatkan kek yg lbh lembut dan sedap.
**Gunakan telur yang fresh
**Gunakan mentega yang berkualiti tinggi seperti SCS dan Anchor utk mendapatkan kek yg lbh lembut dan sedap.
**Untuk lapisan A, pukul telur hingga betul2 kembang jika ingin mendapat hasil yg terbaik.
**Sekiranya air kukusan berkurangan, sila tambah air panas.