Kamis, 03 November 2011

Blended Orange Cake




Ni dah masuk kali ketiga buat kek oren blended. Buat 1/2 adunan, guna loyang cheesecake. Minyak masak pulak DJ gantikan dengan mentega cair. Memang bertambah sedap kek ni. Nak buat pun boleh pejam sebelah mata...senang sgt. Godek2 jap, tak sampai 1 jam dah pun siap. Memang ekspresslah...hehe. 




Kepada yg berminat terutama yg tak ada mixer tu, bolehlah mencuba resepi mudah ni. Hanya menggunakan blender je. Rasanya pun boleh tahan. Cuma bg pendapat DJ, kek ni terlalu manis. Sebab tu DJ kurangkan sukatan gulanya. Apa2pun, terima kasih sekali lg kpd k. Fida krn sudi berkongsi resepi mudah dan sedap ni. 


Blended Orange Cake
Sumber : Kak Fida@MYR
Sumber : lepas-lagi@DapurKu SaYang
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak (DJ ganti dengan mentega cair)
  • 2 cawan gula halus (DJ letak 170g dan utk 1/2 adunan, DJ letak 80g )
  • 3 biji telur (DJ guna telur gred A)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. (DJ hanya ambil isinya sahaja)
  • Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. (DJ campurkan sekali dengan parutan kulit limau)
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan digriskan.
  • Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.