Kamis, 15 Desember 2011

Kek Lapis Malim Kundang (bakar)

Pernah menonton cerita Si Tanggang? yang anak 'derhaka' tu lah?...Malim Kundang? 
pernah kan?..
Entah macam mana, byk2 resepi kek lapis, 
baru perasan kewujudan kek Lapis Malim Kundang...hehe. 


Setelah sekian lama gambar kek ni duduk dlm folder, baru sekarang nk update resepinya. Huhu...sebenarnya DJ secara tak sengaja telah menderhakan resepi ni...alahaii..terderhaka jugak aku nih..ishh2.. Memang frust sangatlah. Sebab tu DJ biarkan ia terperap lama dlm tu tp tak jugak jd pekasam...ekeke.

Mula2 dapat resepi dari adik beradik kembar ni. Kredit kpd Liza dan Sal. Tapi resepinya DJ terpaksa olah semula sb sukatan asalnya menggunakan gelas. Lepas tu adalah edit2 sket sukatannya mengikut citarasa sendiri. Disebabkan resepinya terlalu ringkas (hehe... text via fon jer), DJ terpaksa olah menggunakan ayat sendiri supaya mudah nk faham. Cuma masa nk prepare kek ni DJ tersilap langkah plak. Tak baca habis dia punya step. Pas tu tak ada kaler hijau DJ bubuh  kaler hijau. Mentang2lah warna fav kan...main belasah jer kan..yang paling DJ frust sgt ialah DJ tergabung semua sekali horlick, kelapa dan jem strawberi dalam satu adunan..pas tu barulah dibahagi 3 bahagian...haishhh! macam mana boleh tersilap!.. Itulah.. terlalu konfiden sampai tak sedar buat silap..huhu. Nasib baiklah menjadi jugak kek ni wlpn x sama dengan rupa sebenar kek asalnya. Tak apalah kan, derhaka x sengaja...heheh. Lain kali nak buat lg lah sekiranya ada mood... :)

Jatuh hati dgn kek ni. Sedapnya tak dpt nk diperjelaskan dgn kata2. Sesiapa yg dah mencuba resepi ni nanti, barulah tau akan kesedapannya. DJ tak nak komen apa2. Yang DJ tau, DJ nk buat sekali lg kek ni utk makan2. Time tgh tension, mmg eloklah mkn kek ni, mesti hilang tension lps tu...hehe.  

Inilah rupa sebenar kek Malim Kundang yg dihasilkan oleh my sister-in-law 2b yg kiut miut itu...heheh. Buat time raya puasa ari tu.  Hebat juga si anak dara sorang ni. Tak sia2lah jadi adik ipar nanti. Boleh tolong akak masak dan buat kek byk2...ye tak??...hehe.


Kek Lapis Malim Kundang
resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 10 biji telur 
  • 450g mentega
  • 300g tepung hong kong atau tepung gandum
  • 180g gula kastor (+/-)
  • 300g susu pekat manis
  • 150g horlicks
  • 190g jem strawberi
  • 100g kelapa parut kering (DJ guna 50g santan serbuk)
  • Coklat Crispy secukupnya
  • 1 sudu besar ovallete
  • pewarna merah, kuning dan coklat
cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan.
  3. Dalam bekas yang lain, mentega dan susu pekat diputar sampai putih.
  4. Kemudian satukan adunan mentega dengan tepung tadi. Sebatikan.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan coklat.
  6. Untuk adunan merah, masukkan jem strawberri dan kacau rata-rata.
  7. Adunan kuning dimasukkan serbuk horlick. Kacau sampai sebati.
  8. Manakala adunan coklat dimasukkan kelapa parut kering.
  9. Sediakan loyang 8" x 8". Griskan dengan mentega. Ambil sedikit adunan kuning dan ratakan. Kemudian bakar/grill hingga masak (guna api atas sahaja) lebih kurang 5 minit. 
  10. Kemudian, masukkan adunan coklat dan susunkan coklat Crispy tadi di atasnya (atau boleh juga bakar lapisan coklat terlebih dahulu lepas tu barulah disusunkan coklat Crispy di atasnya seperti dalam gambar). Bakar hingga masak. 
  11. Kemudian, masukkan pula sedikit adunan merah dan bakar. Ulangi proses hingga habis. 
  12. Untuk lapisan terakhir, bakar selama 5-6 minit atau hingga kek keperangan. Dan bakar lagi selama 10-15 minit dengan menggunakan api bawah supaya kek masak sempurna.
  13. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 

DJ buat 1/2 adunan jer kek ni dgn menggunakan loyang 6 inci. Kalau tak ada stok coklat Crispy, boleh lah menggunakan coklat lain. Janji ada coklat kan. Nak cuba resepinya, silakan ye. Sebarang pertanyaan, selain memberi komen di bawah, bolehlah hubungi DJ di FB atau YM di  id 'dayang_jack', ok. 

Terima kasih sudi singgah... ^___^

Usah diminta kek ni sb habis sudaaaahhh...hihi