Bersiaran kembali dengan entri di akhir tahun...mungkin jugak last entri. Tahun depan kita update entri baru plak yer...huhu..mcmlah lama sgt nk tunggu kan...hehehe. Ok, kita terus ke point. Semalam DJ merajinkan diri bermain dgn tepung gara2 tak tahan dengan promosi hebat dari kak Nor, Izah dan Noorsha. Dan mungkin ada ramai lagi yg telah mencuba resepi ni...DJ tak perasan plak...maaf jika nama tak tersenarai...hehe.
Memang cepatlah virus ni merebak. Terguda i tau...hehe. Mula2 kak Nor tayang tu, DJ leh tahan lagi walaupun sebenarnya teringin nk cuba gak, bila si Izah pulak yg tag gambar CPAB ni di FB, DJ dah mula gelisah..ahakss. Tapi tak terbuat2 gak. Diikuti Noorsha...adeiii..mmg tak boleh tahan dah. Harusku buat gaklah. Lagipun mmg dh lama tak menguli doh ni. Pakai kudrat tangan jek. Bila dah sampai seru tu, Alhamdulillah, akhirnya ...inilah kejadiannya.
DJ sebenarnya gemarkan roti yang bubuh cinnamon ni. Dulu ada gak menerai Cinnamon Roll. Memang sedap sgt! Sebab tu lah DJ tak rasa was2 utk mencuba resepi ni. Malangnya, time nak prepare bahan2 tu kan, DJ terlupa pulak yg serbuk cinnamon dah habiss...haihh...malasnya nak ke kedai dah. Last2 DJ tumbuk je lah kayu manis yang ada tu. Tumbuk sampai halus.Tapi DJ hanya menggunakan 1/2 sudu kecik jer sb baunya mmglah teramat2 kuat berbanding yg serbuk tu kan. Alhamdulillah, misi berjaya.
Antara yg sempat dirakam. Harap dapat membantu lah yer. Cuma DJ terlupa lak tang nk potong doh tu kpd beberapa bahagian. InsyaAllah...DJ akan selitkan gambarnya utk percubaan kali kedua nanti.
Guna kudrat tgn je ni. Tak uli lama pun sb nk cepat...hehe. Lepas uli, simpan dlm bekas besar dan tutup dgn tuala lembab.Sementara tu, bolehlah sediakan bahan-bahan utk dibuat filling. Kalau x ada stok serbuk kayu manis tu, bolehlah tumbuk sket kulit kayu manis sampai jd serbuk. 1/2 sudu kecik pun jadilah. Lepas tu, campurkan dengan gula perang atau gula kasar dan nutmeg(DJ skipped jer serbuk ni). Ikutlah mana2 suka. Kemudian DJ cairkan mentega sampai keperangan.
Tengok doh dah naik. Kemudian keluarkan dari bekas. Uli lagi sampai licin. Kemudian canaikan sekata dgn rolling pin.
Sapukan dengan mentega cair tadi, taburkan gula, cinnamon dan nutmeg sampai habis. Lepas itu, potonglah kpd beberapa bahagian seperti dlm resepi. Lipatkan doh tadi dan masukkan ke dalam tin loaf atau loyang pilihan masing2.
Part yg ni DJ ter'skipped', lupa nk ambik gambar time nak potong doh tu. DJ potong ikut suka jer. Yang penting muat nak sumbat ke dlm tin loaf tu...hehe.
Memang seronok dan puas hatilah makan CPAB ni. Lembut, gebus dan sedap biarpun hanya menggunakan tepung gandum jer. Tak percaya, cubalah sendiri. Pasti dpt mengubah persepsi kalian tang elergik cinnamon tu. Sedap tak sedap ni mmglah terlalu subjektif kan. Sedap pd selera tekak kita, tapi tak sedap pada selera tekak org lain. Apa2pun, tak rugi kalau mencuba dulu. Pada pendapat DJ la kan, inilah antara resepi roti cinnamon yang terbaekk yg pernah DJ buat. Dan tentu sekali akan ada siaran ulangannya nanti. :)
Kepada kak Nor, Izah, Noorsha dan kpd empunya asal resepi ni, terima kasih byk2 kerana sudi berkongsi resepinya. I love it very much! DJ cnp resepinya dari dapur kak Nor. Thanks kak. Mmmmuahh!
Jom layan resepinya! Selamat menyambut Tahun Baru 2012! ^_____^
Recipe: Joy the Baker
source : Shidah, K.Nor, Izah, Noorsha & lepas-lagi
For the Dough (in BM)
- 2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
- 1/4 cup gula kasar
- 2 1/4 sudu kecik yeast
- 1/2 sudu kecik garam
- 4 tbs butter
- 1/3 cup susu penuh krim
- 1/4 cup air
- 2 biji telur (size A)
- 1 sudu kecil Vanilla extract
For the Filling
- 1 cup gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang) - DJ guna gula perang
- 2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer - DJ letak 1/2 sudu kecil
- 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
- 4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown
- Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan.
- Pukul telur, ketepikan.
- Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
- Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
- Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.
- *utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.
- Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
- Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
- Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.