Selasa, 27 April 2010

Udang Tumis Asam Keping



Hidangan hari ni selain ayam dan sayur petola rebus, dyg sempatlah memasak lauk udang kegemaran. Kali ni tumis2 gitu jer. Bahan-bahan pun tak perlu dikisar. Tapi masa menumis tu, harum semerbak satu rumah...hehe. Walaupun nampak ringkas jer cam dlm gambar, tapi sebenarnya, sedaaaapppppp! 


Ini resepinya utk rujukan bersama. Sila2lah cuba jika sudi. Setakat ni Alhamdulillah...semua masakan udang yg ada di dapur dyg sangat2 menepati selera keluarga. Nanti nak buat sate udang pulak ekk..tapi kena dapatkan udang galah dulu ler...hehe.

Resepi Udang Tumis Asam Keping

Bahan-bahan :
  • 400 g udang basah 
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 keping asam gelugur
  • 5-6 biji cili padi (diketuk)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 tangkai daun kari
  • kicap manis secukupnya
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • sedikit hirisan bunga kantan
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih selama 1 minit.
  2. Masukkan halia, daun kari, cili merah, cili padi dan serai. Tumis lagi selama 2-3 minit.
  3. Masukkan tomato, bunga kantan, asam gelugur, kicap, garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata2.
  4. Kemudian barulah dimasukkan udang. Kacau hingga masak. Padamkan api.
  5. Hidangkan.