Salam buat pengunjung semua....
Hari ni tak sempat nak tayang lauk apa2 sb sibuk dgn mcm2 hal. Lagipun menu biasa2 jer tu. Walau bagaimanapun, entri tetap ada walaupun lambat sket nak publish. Tetapi sebelum tu, terima kasihlah byk2 yer kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. Kehadiran anda sudah pasti memeriahkan lagi suasana di dapur dyg yg selalu berserabut ni...pening2...asyik2 tukar langsir. Lepas ni mungkin nak tukar lagi kot...ada jer yg tak kena di mata...huhu.. Tapi kan kalau tengok free background kat internet ni mmg rambang mata dibuatnya...kalau boleh semua nak sambar...hihik.
Ok2lah...straight to the point. Entri kali ni dyg ingin share cerita dan resepi membuat skon (masa kecik2 dulu suka buat tapi yg kosong jer ler...hehe). Setakat yg dyg tau lah, ada 2 jenis skon. Pertama, skon titis atau in English 'dropped scone'...yg mcm dorayaki tu ler..dimasak dgn menggunakan kuali leper. Yang kedua, skon bakar...haa, yang mcm dlm gambar ni. Makanan ni mmg sgt2 popular kat negara2 Barat sana tu. Berdasarkan sejarah, scone asalnya adalah makanan tradisi org2 Scotland, dan kemudiannya menjadi makanan popular di lain2 tempat seperti Ireland, England dan Amerika. Biasanya disajikan utk sarapan pagi atau minum petang..dan dimakan bersama krim, mentega, jem, madu dan sebagainya. Yang belum pernah makan skon ni mesti ingat benda ni adalah biskut kan. Sebenarnya, ia adalah sejenis kek yang menyerupai biskut. Texture nya agak kasar dan kering. Berbentuk bulat dan kadang2 boleh juga dibuat spt bentuk square atau triangle. Bahan asas utk membuat plain scone adalah tepung, gula, telur, mentega, susu dan paling penting ialah agen penaik (baking powder). Untuk plain scone ini mmg kena perlu dimakan bersama jem atau krim atau kedua2nya sekali sb rasanya yg sedikit tawar. Selain daripada bahan2 asas tadi, bahan2 sampingan boleh juga dicampurkan sekali bagi menambahkan keenakannya. Antaranya termasuklah kismis, kurma, almond, chip coklat, prune dsbnya.
Di sini dyg kongsikan resepi membuat scones versi campuran kurma. Bagi sesiapa yg berminat, bolehlah mencubanya. Sedap dan mengenyangkan!
Bahan-bahan : 6 keping
- 125 g tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 30 g mentega sejuk/beku (dipotong kecil2) - boleh juga guna marjerin
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- 1-2 sb gula perang
- 1/4 cawan kurma yg sudah dicincang/dihiris
- secubit garam
- 80-90 ml susu segar
- sedikit esen vanilla
- Ayak tepung gandum bersama baking powder di dlm bekas yg agak besar.
- Kemudian masukkan mentega dan garam. Gaul dan ramas dgn hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
- Masukkan pula buah kurma tadi. Gaulkan rata2.
- Sementara itu, satukan susu segar, telur, esen vanilla dan gula di dlm satu bekas dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan ke dlm tepung tetapi pastikan ditinggalkan sedikit bakinya utk dibuat sapuan. Uli doh hingga tidak melekat di jari.
- Canaikan doh dan teraplah sebanyak 6 bahagian.
- Susunkan skon di dlm dulang pembakar. Sapukan bahagian atasnya dgn baki susu tadi.
- Bakarlah pd suhu 180C selama 20 minit atau sehingga keemasan.
- Hidangkan panas2 dgn jem atau mentega. Nak makan gitu jer pun boleh.
Scone ini sedap dimakan panas2...bahagian luarnya rangup tetapi di bahagian dalamnya sedikit lembut.
Belah 2 dan sapukan jem atau butter di tengah2nya.....Sedaaapppp!