Dah lama kumpul tag dan award. Baru sempat nak jawab...kali ni berjaya siapkan sampai habis...hehe. Kepada rakan blogger yg telah meng'tag dayang, terima kasih byk2 yer. Nasib baiklah tag ni tak panjang berjela, kalau tak, mmg tak tau bila boleh siapkan...hehe.
Dyg dapat tag ni dp Along. Salah seorang teman blogger yg rajin memasak lg dedikasi. Thanks a lot. We'll be friends forever.
The award came with request to share 10 honest truths about me:
- Seorang isteri dan ibu kpd 2 org cahaya mata.
- Memiliki ketinggian 157 cm, berat 49 kg, berkulit putih, bermata coklat, berketurunan Melayu, Cina dan Arab.
- Seorang yg penyayang dan mengambil berat ttg keluarga.
- Gemar memasak mcm2 utk keluarga sb tu jarang makan di luar.
- Warna hijau adalah warna favorite dan warna kelabu adalah warna yg tidak disukai.
- Seorang yg sgt2 pemalu tapi bila dah kenal dan bila bercakap, mcm 'machine gun'....hehe
- Alergik dgn asap rokok. Boleh sesak nafas dibuatnya. Tetamu2 yg dtg ke rumah tidak dibenarkan merokok kecuali di luar rumah.
- Bila marah, perkara pertama yg akan dibuat ialah pergi ke dapur dan masak mcm2 walaupun sebenarnya tak tau nak masak apa. Perkara kedua, kemas dapur. Perkara ketiga, menyendiri seketika.
- Makanan kegemaran ialah udang dan minuman kegemaran ialah air tembikai
- Suka menonton filem seram/thriller. Tapi tak berapa gemar dgn filem romantis especially bila berada di pawagam, boleh tidur dibuatnya....hehe. Apa2pun, filem Hindustan boleh tahan gak sb ada lagu yg best2!
- All the folllowers. Jika berminat nak join, silalah ambik tag/award ni yer.
Satu lagi award dan tag yg agak lama gak tak siap2. Terima kasih buat Love2Cook, pakar masak2 ni mmg sweet dan peramah orangnya. Sekarang tgh sibuk pindah rumah baru. Semoga semuanya berjalan dgn lancar yer, Love. Jangan lupa, tayang sket rumah baru tu nanti tau...hehe.
* Cara-cara: Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..
~> Sudah.
* Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
~> Boleh, tiada masalah.
* Sila jawab dengan jujur..
~> InsyaAllah...
[#1] Siapakah diri anda di rumah?
~> Seorang wanita biasa, isteri dan ibu kepada 2 org cahaya mata.
[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
~> Dayang_ Jack
[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
~> Ingin memiliki Nissan Murano.
~> Teringin nak berlakon teaterdi Istana Budaya
~> Ingin nak tulis buku masakan
~> Teringin nak ke Mekah
~> Teringin nak buka restoran makan
[#4] Siapakah nama pasangan anda?
~> sayang ...hehe
[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
~> Baik hati dan prihatin
~> Tegas dan penyayang
~> Tidak suka menyusahkan orang
~> Tidak cerewet pasal makan
~> Jujur
[#6] Bila tarikh anda couple?
~> Oktober 1995 kot....hehe
[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
~> Terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tapi Alhamdulillah...Tuhan masih panjangkan usia kami.
[#8] Lagu tema cinta anda?
~> tiada
[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
~> Saya terima dia seadanya tapi kalau dia nak berubah utk menjadi terbaik di mata saya dan anak-anak, sayalah orang yg paling bahagia
[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
~> hehe...sesiapa yang sudi, sila2kanlah ambik tag ni yer. Tiada paksaan.
Koleksi Hadiah
Terima gift ni drp K.Ham. Tq so much. Dyg mudah tersentuh jika ada yg sudi bagi bunga tak kiralah berbentuk ecard atau bunga hidup2 lbh2 lg yg duduk dlm bakul tu. Jangan bagi pasu bunga, udah ler....hehe...to Kak Ham, thanks a lot yer....lebiuuu!
Waduh2!!!...crown yg bersinar2 lagi cantik ini datangnya drp Nenek. Bila dyg pakai tiara ni kan sebijik mcm Ratu Universe!..hahaha...perasan!....Nenek kata crown ni simpan elok2. Ok nenek, cucu akan jaga sampai bila2....to Nenek, thank you so much...semoga persahabatan kita kekal berpanjangan...amin...
Tak cukup dgn crown, dapat kalung cantik pulak dari Sheila. Cantik bangat!!! Thanks a lot, dear. Tak sabar nak pakai utk pergi function....hehe.
Haaa...red roses!!!...i likeeee!!!....sooo sweet!!!...from Lina_pg. Teman blogger yg sentiasa ceria dan happy...maklumlah, tgh menghitung bulan utk menerima orang baru...tahniah yer.....psst!!...hantarlah bunga lagi....tp roses jer tau. bunga lain tak nak...:P