Penat memikirkan nak masak apa dgn ayam sekor ni. Ayam panggang sate ke atau ayam panggang santan??..Finally, nak buat ayam panggang stail ginilah. Kali ni buat versi berkuah. Sekali pandang, mcm ayam percik lak kan....tapi yg ni lain sket teknik memasaknya. Rasanya pun enak bangat!!
Ambik gambar pun tak ada deko2 dh tu. Malas tahap gaban!!!....apa2pun ayam ni cukup sedap tau. Resepi mengikut citarasa sendiri. Jika berminat, bolehlah mencuba yer.
Ayam Panggang Bersantan
Bahan-bahan :
- 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
- 400 ml santan
- garam dan gula secukupnya
- sedikit air asam jawa
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1/2 inci kunyit hidup
- 10-15 tangkai cili kering
- Satukan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Nak perap lama2 pun boleh.
- Kemudian panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Keluarkan ayam dari perapan tadi dan goreng sehingga 1/2 masak.
- Sediakan dulang pembakar. Balutkan dgn kertas foil. Susunkan ayam dan siramkan sedikit dgn bahan-bahan perapan tadi. Kemudian pangganglah hingga masak. (Semasa memanggang, pastikan ayam diterbalikkan dan disiram dgn bahan perapan secara berulang2 hingga habis)