sila abaikan yang comot2 tu ye...hehe
Tak habis lg cerita psl ubi kentang...smlm DJ buat puding pulak. Ada stok 2 bijik je lagi...DJ perhabiskan je sblm mengecut. Alhamdulillah...rasa nyaman je tekak ni dgn keenakan lemak2 manisnya...dan teksturnya yg sungguh lembut, smooth dan sedaaaaapp!...
Plan sebenar2nya nak buat potato brulee. Memandangkan DJ kekurangan bahan2nya, terpaksalah ditangguhkan dulu projek ni. Esok masih ada kan....InsyaAllah.
Puding kentang ni mmg sedap tau. Bagi yg tak berapa gemar dgn bau telur tu, bolehlah mencuba resepi ni. Amat sesuai sekali. Resepi asal boleh RUJUK DI SINI. Yang ini DJ ada edit sket ikut saiz kentang. Ada satu lagi versi puding kentang tapi tanpa karamel. Pun sedap jugak. Boleh RUJUK DI SINI. Adehh...rasa cam nk buat lagi je puding kentang ni haihh....
Apa2pun jom kita semak resepinya....
Puding Kentang Berkaramel
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang
Karamel :
- 1/3 cawan gula pasir
- 1/3 cawan air panas
Cara-cara :
- Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul.
- Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
- 1 1/2 atau 2 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
- 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
- 2 cawan susu sejat/susu cair
- 1/4 cawan air
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
- Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
- Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
- Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
- Bakarlah pada suhu 160-170C selama 45-50 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
- Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.