Kdg2 penat memikirkan menu makan pagi ni kan...takkan asyik2 nasi lemak, mi goreng, nasi goreng. Alih2 benda tu gak buat. Haihh...mmg jemulah kalau hari2 masak benda yg sama. DJ kan, sebelum tidur, DJ kena fikir dan set dulu apa nk dimasak utk sarapan esoknya. Selagi tak dpt idea, selagi tu lah takleh nk lelapkan mata....
Oklah, roti john...adalah salah satu hidangan kegemaran anak2 DJ. Penyediaan yg amat mudah tetapi sangat sedap dan memikat selera. Dah pernah tayang resepinya sebelum ni...DJ tuliskan semula resepi berserta langkah-langkahnya sekali di sini supaya senang nak rujuk.
Roti John Mudah
resepi : DJ@DapurKu SaYang
bahan-bahan : untuk 1-2 orang makan
- 2 keping roti hotdog (dibelah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan dengan sedikit mentega jika suka)
- bahan inti :
- 2 keping beef/chicken burger (direbus sampai lembut dan dilenyek)
- 2-3 biji telur (dipukul sedikit)
- 1 sk serbuk cili
- hirisan bawang besar/Holland
- hirisan daun sup
- 1/2 sudu makan sos cili
- sedikit garam jika perlu (DJ x letak)
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan inti di dalam mangkuk dan kacau sebati.
Panaskan sedikit mentega/minyak masak di dalam kuali leper. Kemudian dadarkan adunan telur tadi.
Tekapkan roti di atasnya sebaik sahaja telur hampir kering. Angkat dan terbalikkan roti. Kemudian hiaskan dengan hirisan kobis, bawang besar, tomato, sos cili dan mayonis. Ikutlah citarasa masing-masing.
Lipatkan roti dan potong beberapa bahagian.
sedia untuk dimakan...