Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...
Alhamdulillah, sekali lagi DapurKu SaYang dpt bersiaran semula biarpun agak lemau sedikit sejak dua menjak ni. Dah cas bateri pun msh 'weak' gak. Nak kata dah 'kong', tak jugak. Tapi tu lah kan...dah musim agaknya atau mungkin gak musim berblogging sudah hampir ke penghujungnya...wallualam bi sawab..
Sebelum terlupa, DJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua pengunjung tak kiralah yg lama, yg baru atau yg setia dgn DapurKu SaYang, krn sudi datang melawat ke sini. Harap diampun byk2 ye sekiranya terdapat komen2 yg x sempat DJ balas buat masa ni memandangkan ada internet problem. Itulah satu faktor yg membuatkan DJ semakin lemau utk menulis entri. Kurang bersemangat jadinya. Nak update satu entry pun mengambil masa berjam2 lamanya...sedih tau...kdg2 DJ bimbang gak sekiranya ada yg x puas hati atau berkecil hati sekiranya komen x terbalas. Untuk pengetahuan semua, DJ mmg baca komen2 tu ye tp kdg2 tak dpt reply sb line asyik putus je memanjang sjk guna Celcom ni. Maklumlah duduk dlm hutan, coverage taklah seluas mana pun. Mcm duduk kat hujung dunia pulak...hehe. Harap2 fahamlah ye.
Ok, balik ke pangkal jalan....hehe. Hari ni, DJ nak kongsikan satu resepi ikan bakar tomyam yg sungguh sedap. Dah lama sebenarnya teringin nk buat, sana sini orang lain dah mencuba resepi ni. Mas, k.Zai, Noorsha..ermm...siapa lg eh...k. Nor n k. Ina KL pun dah buat gak kan?...kalau belum, sila2lah cuba. Sedap sgt resepi ni. Antara yg menepati selera DJ selain Siakap Bakar Berempah Harum. Memang semerbak harumnya dalam rmh dan sampai menyinggah ke rumah jiran...hehe. Mcm biasalah, DJ kalau part2 nk bakar ikan ni, DJ pasti akan tumis dulu bahan2 perencahnya. Biar 2 kali ganda naik harumnya. Dah biasa buat mcm tu...Apa2pun resepi ni mmg best dan tak rugi dicuba. Ooopps! terlupa plak, kak Ummi Kuantan pun pernah cuba resepi ni...hmm...rasa2 ramai lagilah yg tlh mencubanya. DJ ni je yg selalu ketinggalan...ekeke.
dalam keterujaan dan ketergesaan...terlupa pulak nk letak tomato...ishh2x...
Kpd Yatie, terima kasih ye kerana secara x langsung menggoda DJ utk mencuba resepi ni dan kredit juga buat kak Liza kerana sudi berkongsi resepi yg sudah semestinya sedap. DJ kopipes resepi dr dapur Yatie utk dikongsikan di sini ye. Terima kasih juga kpd yg lain sb mempromosikan resepi sedap ni kpd semua pembaca di alam maya.
Kepada yg berminat, bolehlah cuba. TQ ^___^
Siakap Bakar Tomyam
Resepi : Chef Hanieliza
sumber : Yatie@Sinar Kehidupanku
sumber : lepas-lagi@DapurKu SaYang
- 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
- 2 sudu besar pes tomyam
- 5 helai daun limau purut
- 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
- 1 biji tomato (potong 6)
- Aluminium foil
Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
- 2 tangkai cili merah
- 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
- 3 batang serai
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit gula dan fish sos
Cara membuatnya :
- Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
- Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
- Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
- Perahkan limau semasa menghidang.
***DJ tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu sebelum digaul-gaulkan bersama ikan.