Sebenarnya hari ni buat 3 jenis puding kentang. Puding kentang lapis coklat, puding kentang kosong dan yg ini adalah puding kentang perisa Pandan. Anak2 dah tau dah mama dia org suka puding ni sb tu sorang pun tak berani nak sentuh..hehe. Yang dua lagi puding tu tak usah tanyalah....udah habisss...
Ok, actually kan dyg ni tak brp suka sgt puding yg keras mcm agar2 tu. Jadi, dyg akan buat selembut yg mungkin. Barulah menepati selera...hehe. Apa2pun, puding kentang ni sgt sedap dan lembut.
N3 ni terpaksa didahulukan dulu sementara rajin. Menu2 yg dah lepas akan ditayangkan kemudian.
Resepi Puding Kentang
- 10 g serbuk agar-agar
- 2 biji ubi kentang sederhana saiznya
- 200 g gula pasir
- 200 ml santan pekat
- 125 ml susu cair
- 500 ml air
- 3-4 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar mentega
- 3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
- pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu
Cara-cara :
- Ubi kentang dicuci bersih(tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
- Satukan gula bersama air 500 ml dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
- Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
- Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.
- Nota : seelok-eloknya guna bekas kecil kerana puding ini agak lembut. Tetapi boleh kurangkan sukatan air mengikut citarasa. Selamat Mencuba!