Selasa, 01 November 2011

Kuih Bakar Kentang ( versi Marble )


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

2 hari lepas DJ buat bingka lagi. Kali ni buat versi marble plak. Memang dah lama sebenarnya tringin nk buat bingka stail gini. Masa buat bingka susu hari tu pun mmg nyaris2 lagi nk buat mcm ni. Kalau tak pun, buat gaya2 polka dot gitu...hehe...ada2 je kan. Kalau mak tengok rupa bingka yg sudah dimodenkan ini, gerenti dia tergelak besar...hehe. Tapi kan sekali sekala apa salahnya buat stail gini. Yang nak memakannya adalah si pembuatnya...lantak dia lah kan...siapa plak nk berani marah..hihi. Lagipun bertambah sedap bingka ni bila dicampurkan dengan serbuk koko....adehh...mesti mkn takleh nk stop. Alhamdulillah...happy sgt bila dpt menepati selera keluarga...terutamanya anak2. Siap request suruh buat lagi...hehe.

Resepi asal kuih bakar tak pastilah plak siapa punya..tp sumber datangnya dari dapur Kak Jun, ke kak Jun yg punya resepi ni eh?? Selepas itu telah menular ke dapur k. Asma Izah, kak Sheila dan rakan-rakan masakan yg lain. Akhirnya sampai juga ke DapurKu SaYang setelah tergoda dgn promosi kak Sheila...hehe..tq2. 

Terima kasih buat si empunya resepi kerana sudi berkongsi resepi kuih kentang yg sedap ni. Mintak ampun byk2 ye sb dah terderhaka pd resepi ni. DJ cuma tambah bahan..the rest, DJ ikut resepi asalnya. Cuma ada yg terkurang kat sini iaitu bijan. So, DJ letak sedikit minyak bijan dlm adunan...sekurang2nya ada ler aroma bijannya...ekeke. Apa2pun, kuih ni mmg sedap dan tak rugi dicuba. Nak buat pun senang. 


Jom semak resepi asalnya ye....

KUIH BAKAR KENTANG
Sumber : Kak Jun
Copy dari dapur : Kak Sheila@Nshafeareen

Bahan-bahan ( 1 family... )
  • 2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek 
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula (DJ letak 140 g gula pasir + 3 sudu besar susu pekat)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • pewarna kuning atau hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan (DJ letak 3 sudu besar)
  • 3 sudu susu cair(ni akak tambah)
Cara-cara :
  1. Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
  2. Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  3. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
  4. * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakar dalam oven selama 15-20min

***Kuih bakar kentang ni DJ buat lembik sket. DJ blend kentang bersama gula, 1 cawan santan dan 1/2 cawan susu cair. Kemudian blend bersama bahan-bahan yang lain. Kemudian, adunan dibahagi dua. DJ campurkan bancuhan serbuk koko(1 sudu makan) dan coffee emulco (1 sudu kecil), dan adunan satu lagi dicampurkan dengan sedikit pes pandan dan pewarna hijau. Kemudian tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang. Bakar hingga masak keperangan.