Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya.....
Wah...agak lama gak berhibernasi ni. Terasa rindu plak nk menulis entri. Yalah kan...sejak dua menjak nih DJ tak berapa sihat sgt. Skjp ok skjp tak...ditambah lagi dgn line internet yg agak slow..mulalah mood merudum. Tapi Alhamdulillah hari ni rasa gembira sgt2 sb dpt menggunakan modem yg lain tetapi msh menggunakan line Celcom. Memang laju jer...tak ada masalah tersekat2 atau page error. Bolehlah berkampung di sini lepas ni....InsyaAllah.
Oklah... utk iftar semalam DJ buat umai udang. Mcm mana boleh x ingat menu yg simple lg sedap nih. Hari tu nampak menu ni kat dapur CMG. Mmg kecur liur abih dibuatnya...x senang duduk DJ..hehe. hmm...apalagi...DJ pun buat gaklah keesokannya.
Umai ni bg sesiapa yg tak pernah try lagi, sila2lah cuba dulu resepinya. Memang sedap tau. Guna ikan pun boleh. Tapi kenalah dihiris nipis2 isinya yer.
Ok jom kita semak resepinya.
Umai Udang
resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang
- 5 ekor udang sederhana (dibuang kulit, dicuci dan dipotong kecil2)
- 3 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1/2 inci belacan*
- 1 biji cili merah*
- 1 biji bawang besar (dimayang)
- 3 biji cili api (dihiris) - optional
- 1 sudu mkn kacang tanah (yg tlh digoreng dan dikisar) - optional
- 1 sudu makan cuka
- 5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
- sedikit garam dan gula
- utk hiasan(jika suka) : daun kunyit, daun sup, daun ketumbar, hirisan serai.
Cara-cara
- Perapkan udang bersama perahan limau dan garam di dlm satu bekas/mangkuk dan biarkan seketika. Kalau nak hiris memanjang pun ok.
- Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat. (cili merah boleh ditumbuk atau dihiris shj)
- Masukkan bahan * dan kesemua bahan yg selebihnya ke dlm bekas/mangkuk perapan udang td.
- Perapkan di dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam ( udang tersebut akan masak sendiri setelah dicampurkan dgn bahan2 td)
- Hidangkan dgn nasi panas. Memang sedap.
**ikan segar yg sgt sedap dibuat umai ialah ikan empirang, terubuk, bawal dan ikan merah. Cara penyediaannya sama seperti di atas. Cume dayang ade tmbh2 sket.