Rabu, 10 Agustus 2011

Kek Lapis Alwani Kukus (Versi II)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

hmmm...entri ni sepatutnya dah publish smlm lagi tp atas sebab2 tertentu termasuklah line internet yg skjp ok skjp tak, maka terpaksalah ditangguhkan dulu tayangannya. Pastinya ada yg x sabar menanti tuu...hehe. Sebenarnya lps kejadian smlm tu, DJ terus hilang idea nk present entri ni. Mood jd x stabil plak...geram pun ada....nasib baik x meroyan...hihik. .tp skrg dah ok dah...

Kpd pengikut2 yg sentiasa setia bersama DJ sjk dari tahun 2009 lg pastinya msh ingat lagi ttg kewujudan kek Lapis Alwani ni kan. Ramai juga yg telah mencuba resepi kek yg mudah ni. Terima kasih semuanya.
Version lama ada di SINI. Atau nk singgah ke MYR pun boleh. KLIK DI SINI.

Kali ni DJ buat versi barunya plak. Namun tetap sesedap versi lamanya. Cuma tak letak kismis jelah. Bahan-bahannya ringkas dan senang je nk buat. Kiranya kek lapis kukus yg asas la kan. Yg baru nk belajar buat kek kukus tu sila2lah cuba resepi ni yer. Ringkas, mudah dan sgt sedap.  Rasanya ala2 kek kukus keju pun ada. Bolehlah buat utk raya...hehe. 

Dari segi penggunaan butter plak, gunakanlah butter yg berkualiti tinggi spt SCS utk mendapatkan tekstur kek yg lbh sedap dan lembut.

Jom semak resepinya. Kek ni bersaiz kecil yer. Tak perlu dibuat 1/2 adunan dah. Kalau nk buat yg bersaiz besar, gandakan bahan-bahannya.

Kek Lapis Alwani Kukus (Versi II)
resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : loyang 6 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk horlicks
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 220 g mentega berkualiti (DJ guna SCS)
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna kuning, merah jambu dan hijau (DJ guna pes pandan + pewarna hijau)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah jambu, hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua. (Kalau nak buat 3 lapis jer pun ok)
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali tuangkan lapisan merah jambu. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.
***Sukatan menggunakan cawan metrik. Boleh juga menggunakan cawan yg boleh muat 250 ml air. 

Kebanyakan kek lapis versi Srwk ni tak memerlukan bahan penaik/baking powder. Itulah keunikannya. Kalau nk letak gak, hasilnya tak samalah spt dlm gambar ni....hehe.