Rabu, 24 Agustus 2011

Pari Bakar Berempah Harum....terbaekkk!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...

Kembali lg bersiaran...DJ hampir2 terlupa nk tayang menu yg teramat-amat sedap ni. Dimasak 2 hari lepas. Sebelum ni DJ menggunakan ikan siakap dengan perencah yg sama. Klik Di Sini. Kali ni try ikan pari plak. Adehh...tak dpt dijelaskan dengan kata-kata akan kesedapan ikan berempah harum ni. Sila-silalah mencuba resepinya dulu ye. Memang tak rugi pun. Selamat Mencuba! :)

Pari Bakar Berempah Harum
resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang). Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Semasa menghidang, perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis. Sedaaaap!