Rabu, 05 Mei 2010

Ayam Panggang Sarawak (Manok Panggang) versi II



Bahasa Sarawaknya dipanggil 'manok' (sebutan yg betul 'manoq') yg b'maksud 'ayam'. Jadi, kalau sesiapa yg nak belajar secara ringkas bahasa Sarawak, sila sms dyg directly kat sini yer. Mana tau lepas ni, dyg nak bukak segmen 'Bahasa Sarawak' lak..no problem..sebenarnya dh ada yg request pun tapi belum sampai seru lagi masa tu...hehe.

Ok, hari ni mcm biasa, masak ayam untuk seisi keluarga. Punyalah lama tak masak ayam panggang stail gini. Last time buat April tahun lepas. Resepinya teramatlah simple tapi rasanya teramatlah sedap! Tak tipu eh. Peminat2 ayam mesti tak sabar nak cuba...hehe.


Kat KL ni susah nak dapatkan gula apong. Sedap gula tu tau. Samalah species ngan gula Melaka. Serupa tapi tak sama...hehe. Kalau tempoh hari dyg guna gula perang campur ngan gula melaka, kali ni dyg guna 100% gula melaka. Rasanya tetap sedaaappp!


Ini resepinya yg sudah diolah semula yer. Kalau nak tengok versi lama, boleh link di sini.

Ayam Panggang Sarawak

Bahan-bahan :
Bahan Perap :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
  • 2 sudu makan biji ketumbar (disangai dan ditumbuk halus)
  • 1/2 inci lengkuas (ditumbuk lumat)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 2 inci halia (ditumbuk lumat)
  • garam secukupnya
  • 1 ketul gula melaka (dihancurkan) - boleh juga guna gula perang @ gula apong (sukatan ikut suka) - lebih banyak sukatannya lebih bagus.
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman. 
  2. Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2-3 sudu makan minyak zaitun atau minyak masak. Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190-200C selama 1 jam(bergantung pd jenis oven, kena adjust sendiri). Seperti biasa, DJ lebih suka ayam ini disusun dlm dulang yg beralaskan kertas foil.
  3. Terbalikkan ayam 1/2 jam sebelum masak.
  4. Setelah masak, hidangkan bersama sambil cilinya.

Sambal Cili :
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar (anggaran)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1-2 cawan air asam jawa (boleh adjust sendiri)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara : Satukan semua bahan di dalam periuk. Didihkan seketika dan kacau sekali sekala selama 10 minit. (sambal ni dlm versi dayang, kalau ikut yang original, sambal cili ni x payah dimasak)

Tip : Penggunaan minyak zaitun samada cara sapuan atau digaul terus bersama ayam akan memberi kilatan dan warna yg cantik pd kulitnya semasa dipanggang/dibakar.

psstt!...ayam ni dah dibuang kulit kecuali bahagian kepaknya...hehe