Minggu, 16 Mei 2010

Ayam Kicap Halia


Hari ni buat lauk ayam kegemaran anak2 dan suami. Sedap dimakan dgn nasi panas. Memang best! Sangat mudah nak menyediakannya. Setakat ni, alhamdulillah anak2 tak pernah jemu...janji ada kicap...hehe.

Jom layan resepi! Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Ayam Kicap Halia

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil2, digaul dgn garam serta kunyit dan digoreng hingga masak)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1-2 sudu makan cili kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
 Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos cili dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  2. Kemudian masukkan ayam, asam gelugur dan kicap manis. Gaul2kan. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu. Boleh juga dicampurkan dgn hirisan bawang besar, cili merah dsb. 
  3. Hidangkan panas2.