Alhamdulillah...dpt gak mengadap komputer masa ni. Untuk entri makan2 nasik beriani tadi tu akan DJ update kemudian yer. Nak bagi laluan utk entri ni dulu. Takut nanti terlupa...ngeee. Sebenarnya dari minggu lps lg nk makan tiramisu bubuh strawberi tp setiap kali nk prepare bahan, pasti ada jer bahan x cukup. Padahal resepinya ringkas jer kan...hehe. Ari tu si Mr Hubby belikan whip topping yg tak biasa DJ guna. Putar punya putar tak menjadi plak hasilnya...mmg tak puas hatilah. Apa yg tak kena tak taulah. Pas tu, DJ ingat nk pergi beli sendiri..beli yg jenama yg dh biasa pakai. Tp rasa malas plak nk drive ke kedai Bagus semata2 nk carik benda lah tu. Last2 pakai jelah apa yg ada nih. Lagipun buah strawberiku semakin nak 'menapause'..adehh... Kena buat cepat2 nih....Biarpun tak puas hati dengan hasilnya tp sedap tetap sedap!....
Actually ada satu lagi tiramisu yg betul2 DJ idamkan tp jauh bezanya dengan versi yg ni. Kena tunggu sampai seru baru leh buat...hehe. Tiramisu apa??...tungguuuuu... :)
Jom layan dulu resepinya yer. Terima kasih kpd yg sudi meninggalkan komen dan kpd yg sudi berkunjung ke sini. DJ hargai sgt2.
Tiramisu Lapis Strawberi
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
- 200 ml whipping cream / whip topping
- 250 g cream cheese
- 1/4 cawan gula aising / gula kastor
- lady fingers / biskut tiramisu secukupnya
- 1/2 cawan puri strawberi
- 1 cawan air nescafe panas
- serbuk koko / serbuk matcha/green tea powder untuk hiasan
- buah strawberi untuk hiasan
Cara-cara :
- Pukul whipping cream / whip topping hingga kental dan gebu. Ketepikan.
- Dalam bekas berlainan, pukul krim keju hingga putih dan kemudian masukkan gula dan putar lagi hingga kembang.
- Satukan no 1 dan no 2. Sebatikan.
- Sediakan bekas yang bersesuaian, celupkan biskut tiramisu ke dalam air nescafe dan susunkan ke dalam bekas tadi. Kemudian, ratakan dengan sedikit adunan krim tadi.
- Ratakan pula di atasnya dengan puri strawberi.
- Kemudian susunkan di atasnya dengan biskut yang sudah dicelup dengan air nescafe. Ulangi proses hingga habis dan diakhiri dengan lapisan krim.
- Tutup bekas dengan cling wrap / plastik dan simpan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
- Semasa hendak menghidang, taburkan serbuk koko atau serbuk matcha dan hiaskan dengan hirisan buah strawberi.
Lepas ni...jangan termuntah hijau plak yer kalau DJ tayang entri hijau lagi...ahakss....