Jumat, 08 Juli 2011

Kek Marble Mewah

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu kpd semua pengunjung2ku yg dikasihi selalu....

Menu makan2 nasik akan ditayang kemudian jika ada kesempatan. Nak tayang kek yg tak seberapa ni dulu utk tatapan semua. Buat pd Rabu lepas. hmmm....mmg boleh tahan gak rasanya. Ada campuran green tea powder lagi tuu. Ingatkan nak buat kek Matcha konon2nya tp entah bilalah nk dpt merealisasikan impianku ituuu...hehe. Sekarang ni pun nak kena adjust berat badan...risau plak kalau dah terlebih berat...huhu.

Kek ni saja2 dibuat utk hidangan minum petang bersama FIL dan SIL pd masa tu. Alhamdulillah menjadi juga biarpun oven ada buat hal sket. Maklumlah tak hantar servis lagi. Suhu pun dah lari dan asyik2 kena adjust sana sini. Nasib baiklah kek tak jd keras dan tak rentung...hehe.

Overall, kek ni mmg sedap, bertekstur padat tapi lembut dan gebu. Boleh cuba jika berminat yer. 

Tak dpt nk pose cun2 sb rumah ada ramai tamu....heheh.

Jom semak resepinya!


Kek Marble Mewah
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang


bahan-bahan :
  • 225 g tepung halus/superfine
  • 250 g mentega berkualiti (pada suhu bilik)
  • 30 g krim keju (pada suhu bilik)
  • 5 biji telur gred B (pada suhu bilik)
  • 210 g gula kastor
  • 80 ml susu segar
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil serbuk teh hijau / matcha + 1 sudu besar air panas (bancuhkan)
  • 1 sudu besar serbuk coklat/serbuk koko + 2 sudu besar air panas (bancuhkan)
  • sedikit pewarna oren

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lengserkan loyang kek dengan mentega dan alaskan dengan kertas serap minyak / baking sheet. 
  2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  3. Putar mentega bersama krim keju dan ovalette hingga pucat.
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga hancur dan kembang. (high speed)
  5. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu demi satu sambil diputar hingga sebati. (pastikan telur dimasukkan sebiji kemudian dikacau sebati, dan masuk lagi sebiji, kacau lagi. Ulangi proses hingga telur habis)
  6. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi. 
  7. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diselang selikan dengan susu segar. Putar dengan perlahan hingga sebati.
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan serbuk teh hijau. Adunan kedua, dicampurkan dengan pes coklat/koko dan satu bahagian lagi diwarnakan oren. (boleh juga diberi perisa/warna lain)
  9. Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli.
  10. Bakarlah sehingga masak selama lebih kurang 50 minit. Suhu panas oven bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri. 
  11. Sejukkan kek setelah masak. Kek akan menjadi lebih mesra jika disimpan selama 1-2 hari.