Wahh!...belum apa2 lg dah tayang nasik yer...hehe. Entri ni sepatutnya di 'publish' petang semalam tapi tak jadi sebab tak sempat nak mengadap komputer. Biasalah kan time hujung minggu mmg payah sket nk on9. Byk masa diluangkan bersama keluarga. Jadi, kpd teman2 FB yg dok tunggu2 entri nih dari hari Sabtu lagi, nahh!..daah pun keluar...heheh. Sila2lah jamu mata....
Nasi daging ni mmg dah lama DJ tak merasa. Nak makan mmglah sukaaa sgt, tp nk buat sendiri..hmm...kurang rajin sket. Selalu gak makan masa dulu2 (masa tu tgh study lagi). First time makan terus jatuh cinta. Sedap sgt dimakan bersama air asamnya. Memang kecur liurlah kalau setakat menjamu mata jer kan...haha. Tapi kan, oleh kerana anak2 tak reti nak makan dgn air asam, DJ dgn rajinnya buat ayam kari kurma sket. Biar ada kuahnya. Pun sedap bangat! Alhamdulillah...habis licin semuanya. Mr hubby pun terpaksa korbankan dietnya sebentar semata2 nk merasa nasik daging nih. Tak adalah dia nk komen apa2 pun tp dlm pemerhatian DJ lah kan, dia menambah gak sampai 2-3 kali....adehh...tp tak apalah kan...sekali sekala....hihi.
Resepi nasi daging ni DJ olah mengikut saiz dan citarasa keluarga. Ada byk versinya dlm internet, bila dah adjust sket sana sini, jadilah resepi versi sendiri. Ada sesetengah versi, dagingnya direbus dulu utk mendapatkan stoknya. Stok daging tu tadi akan ditanak bersama nasi. Kiranya masak asing2lah kan. Tapi DJ masak direct jer daging ni dan bila dah empuk, terus dimasukkan beras dan tanak seperti biasa. Nak guna beras biasa pun boleh selain beras Basmathi. Yang penting, rasanya yg hebat dan memikat selera.
Jom semak resepinya. Kalau berminat bolehlah cuba. Cuma sukatannya kena adjust lah yer jika mempunyai ahli keluarga yg agak ramai.
Nasi Daging
Resepi : lepas-lagi@DapurKu SaYang
bahan-bahan : 4 orang makan
bahan A :
- 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
- 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
- 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
- 2 helai daun pandan
- 80 ml susu cair
- 1 sudu makan puri tomato
- 2 helai daun limau purut
- garam secukupnya
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar minyak sapi
bahan B :
- 5 biji bawang merah (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1/2 inci halia (dikisar)
- 1 sudu kecil jintan manis
- rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
- 1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
- Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
- Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
- Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
- Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
- Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.
Bahan Air Asam
bahan-bahan : 4 orang makan
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- 1/2 labu bawang besar (dihiris)
- 1 biji tomato (dihiris dadu)
- 8-10 biji cili padi (dihiris)
- 2 biji cili merah (dihiris)
- 1 cawan air asam jawa (-/+)
- sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
- sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
Cara-cara : satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.
Sedap juga dimakan bersama lauk ayam kari kurma ni....mabeles!