Minggu, 14 Maret 2010

Tag dari HaSue

Lega rasanya dapat siapkan assignment yg dah berminggu2 lamanya tertangguh. Terima kasihlah buat HaSue yg sudi mengetag DJ....Sebenarnya dah lama tag ni siap tapi part nak upload wallpaper tu yg malas. Bukan apa, tak bestlah tak dapat tayang wallpaper dari laptop sendiri sb masih dok kat spital lagi tu...huhu. Tapi tak mengapa, demi tak nak mengecikkan hati Sue tu, aku redah ajer....hihik.

1) Adakah anda rasa HOT??
- panas betul soklan nih...hahaha! Kalau aku tak 'HOT' takkanlah suami aku nak kat aku...peeewitttt!!!...

2) Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
>> Done!...

3) Cerita pasal gambar
>> sebenarnya tu adalah gambar lappy yg digunakan sekarang. Lappy hubby. Malas nak tukar2 wallpaper lain. Maklumlah skrg ni tgh sharing. Jadi takleh ler nak letak gambar sesuka hati. Kang kena 'sound' kang, baru padan muka. Lappy aku tgh repair. Tak abih2 repair....tapi tak siap2 gak...uhuk....

4) Bila kali terakhir anda makan pizza??
>>hehe....last time buat pizza dan makan pizza ialah pd Jumaat lepas. Napa ekk?? nak belanja piza ker??..hihik...

5) Lagu terakhir anda dengar
>> Lagu Rossa 'Atas Nama Cinta'

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
>> mengunyah kacang

7) Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa
>> Zaman anak dara dulu mcm2 gelaran ada,. Antaranya adalah Karisma Kapoor dan  Rani Mukerjee...tak taulah kenapa...... psl tak nampak relevannya....hihik.

8) Tag lagi 8 orang
>> kalau ikutkan hati nak tag semua follower dan rakan2 blogger yg DJ kenal...tapi nak buat macam mana kan ... kena ikut rule....hehe
  1. Lina_pg
  2. Ida @ Sunkist
  3. Kak Rosaliza
  4. Kak Zila66
  5. Che Ani Arsenal
  6. Kak Watie
  7. Kak Nor Ganu
  8. Kak Eliza
9) Siapakah orang no. 1 kepada anda
>> Lina_pg adalah kenalan dari myresipi.com. Dah jadi geng skrg ni. Baik, prihatin, peramah dan manis orangnya. Seronok dan rasa comfortable bila bersembang dgnnya. Dah setahun lebih mengenali Lina, dyg boleh buat kesimpulan bahawa dia adalah antara sahabat yg benar2 sahabat bagi diri dyg. Susah sebenarnya dyg nak terima sahabat yg bukan2 ni sb mereka2 inilah yg boleh memusnahkan hidup kita dgn sekelip mata. Dah ada pengalaman you....hehe. To Lina, jaga diri baik2 noh...jangan lupa makan vitamin dan makan makanan yg berkhasiat for you and for your baby...;)

10) Katakan sesuatu mengenai orang no. 5
>> Kenal cik Ani ni melalui Lina gak. Sahabat yg betul2 kelakar orangnya. Memang sesuailah dgn tema blog dia tu...Redah Ajer....hehe. Dah lama tak dengar khabar berita. Sibuk dgn bola ker cik Ani oii??...harap2 Cik Ani dapat berblogging semula eh...rindu tau....

11) No. 3 ada hubungan dengan sapa?
>> No. 3 ni ada hubungan persaudaran dgn No.1. Kenal dia pun kat dapur MYR gak. Baik dan peramah orangnya. Lama gak tak dengar berita tentang kak Rosaliza nih. Hope akak sihat dan ceria selalu.

12) Bagaimana pula dengan no. 4
>>haa...dia ni pengunjung setia blog dyg ni. Hari2 dia terjah walaupun tuan rumah tak ada. Rajin dan setia orangnya. Kalau rumah ni bersepah, dialah yg tolong2 kemaskan...maceh kakkk....caaayang dia!...hehe, mesti kak Zila terkejut baca n3 ni kan...xper kak, kalau tak ada blog pun dyg akan tunggu gak sampai akak berjaya membuka blog sendiri satu hari nanti. Lepas tu, akak ambiklah tag ni eh....wajib jawab tau...hehehe

13) Pesanan buat org no.6
>> Teruskan usahamu kak...semoga akak berjaya dlm bisnes yg akak ceburi sekarang ni. Walaupun dyg jarang dtg ke rumah akak, tapi akak sentiasa dekaaat di hati....

14) Kata-kata cinta utk org no.2
>> hehe...yang sorang ni dah lama tak dengar berita. Ida, I MISSED YOU SO MUCH!!!...Where are you???....

15) Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
>> Ada, kedua-duanya adalah rakan blogger yg rajin dan gemar memasak utk keluarga.

16) Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengtag anda
>> Dia mmg suka mengetag aku
>> Suka buat lawak...tapi lawak yg betul2 lawak tau....heheh
>> Peramah dan penghibur
>> Pakar memasak yg boleh masak mcm2 terutamanya kek lapis.
>> Rakan senegeri. Mula2 kenal kat dapur MYR. Dah setahun lebih usia pershabatan kami berdua. To, Sue, thanks 4 being my friend.

17) Persamaan antara kambing dan lembu
>> haiwan berkaki 4

18) Perasaan anda buat tag ni
>> Be happy!

19)adakah anda tahu si rizman itu sengal..
>> Siapa dia tuu?? King Wakarima ker???

20) Gay or less
>> hahaha!...ada2 jer korang ni....


Rasa2 oklah tu kan...harap2 Sue berpuas hati eh dgn jawapan2 ni. Kepada rakan2 yg dah tersenarai dalam list tu, nak ambik tag ni pun ok, tak nak ambik pun ok. Tak ada paksaan yer. Sekadar utk suka2. Tapi kalau dapat terima, lagilah bagus kan. hehe.